Followers

Friday, November 27, 2015

Azwan Ali kutuk bil hospital swasta di Jalan Ampang FMT Reporters


azwan

Azmin Ali merungut apabila dia terpaksa menunggu lebih 30 minit di bilik 'emergency' selain menahan jeritan kanak-kanak yang tidak dikawal oleh pengawal hospital tersebut.

PETALING JAYA: Selebriti Azwan Ali yang terkenal dengan nama Diva AA dalam laman sosial naik angin dengan sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang menawarkan layanan buruk tetapi mengenakan caj tinggi.

Ketidakpuasan itu dikongsi Azwan dalam laman Instragramnya.

“Kerana tangan inilah Gleneagles kow kow dihamun ! But this lovely Plastering bandage done by Ampang Puteri!

Sakit apa?

Sindrom meraba yg kronik !” katanya dalam muat terbarunya.

Sebelum status itu, adik kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali itu dipercayai meluahkan secara panjang lebar mengenai pengalamannya di hospital itu yang menyebabkan dia menunggu lebih 30 minit di bilik ’emergency’ selain terpaksa menahan jeritan kanak-kanak yang tidak dikawal oleh pengawal hospital tersebut.

Dia juga menyampaikan kemarahan dipercayai terhadap jururawat yang menyuntiknya selain dua doktor yang merawatnya.

Tidak ketinggalan, tentang bil yang dikenakan, Azwan menulis, “Cekik darah the sucking bills? U gone! This to Gleaneagles Intan KL the gampangsss Services!”

Dalam status Instagramnya itu juga Azwan memuji tahap perkhidmatan Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.