Followers

Sunday, November 8, 2015

Arwah ayah akan kecewa kepimpinan semasa, kata anak Tun Dr Ismail OLEH ANISAH SHUKRY

Tawfik Ismail, anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman, berkata kerajaan diterajui Umno sekarang semakin berhaluan kanan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 8 November, 2015.

Tawfik Ismail, anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman, berkata kerajaan diterajui Umno sekarang semakin berhaluan kanan.

Tawfik Ismail, anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman, berkata kerajaan diterajui Umno sekarang semakin berhaluan kanan.

Bagi anak sulung timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tawfik Ismail, jika ayahnya Tun Dr Ismail Abdul Rahman masih hidup, beliau akan kecewa dengan keadaan kepimpinan negara hari ini.

Kerajaan sudah lumpuh dan negara ini "dalam keadaan kucar-kacir" kerana pemimpin sibuk mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma RM2.6 bilion, Tawfik memberitahu The Malaysian Insider dalam satu temu bual.

"Saya rasa beliau akan kecewa dengan cara kepimpinan sekarang," kata bekas ahli Parlimen Sungai Benut berusia 64 tahun itu sempena pelancaran koleksi penulisan ayahnya, "Drifting Into Politics".

Ia dilancarkan sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Dr Ismail pada 4 November.

"Beliau juga mungkin berasa agak kecewa apabila pedoman negara semakin hilang ketika menyentuh soal mengenai hubungan antara kaum," kata Tawfik yang menambah bapanya terkenal kerana peranannya dalam membina semula Malaysia selepas tragedi 13 Mei 1969, dan berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah pemerintahan bapa Najib, Tun Abdul Razak.

Dr Ismail meninggal dunia pada 1973 pada usia 57 tahun.

Tawfik berkata, beliau percaya Najib boleh berubah dengan syarat lebih ramai golongan moderat atau sederhana bersuara dan memberi tekanan terhadap kumpulan pelobi yang berpandangan lebih melampau, yang katanya kini mempengaruhi Najib.

Tawfik berkata kepimpinan Malaysia sejak beberapa tahun ini lebih berhaluan kanan, politik wang semakin menjadi-jadi dalam Umno, isu kaum digunakan sebagai kambing hitam, dan pihak berkuasa agama mengganggu kehidupan peribadi rakyat.

Anak sulung timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tawfik Ismail, percaya Datuk Seri Najib Razak (tengah) masih ada harapan diselamatkan daripada golongan berhaluan kanan yang mengelilinginya.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015.
Anak sulung timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tawfik Ismail, percaya Datuk Seri Najib Razak (tengah) masih ada harapan diselamatkan daripada golongan berhaluan kanan yang mengelilinginya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015.Anak sulung timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tawfik Ismail, percaya Datuk Seri Najib Razak (tengah) masih ada harapan diselamatkan daripada golongan berhaluan kanan yang mengelilinginya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2015.
 
Tetapi tidak seperti kebanyakan pengkritik kerajaan, Tawfik tidak percaya penyelesaiannya ialah dengan menyingkirkan Najib, terutamanya kerana beliau tidak fikir Najib boleh disingkirkan.

Parti pembangkang sememangnya tidak mampu menjadi lebih tersusun dan berkesan, manakala bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pemerintahannya, meletakkan "pelindung" bagi memastikan kedudukan presiden parti dan perdana menteri terjamin, kata bekas pemimpin Umno itu.

Beliau berkata "pelindung" itu termasuk cara bagaimana presiden Umno dipilih, bagaimana pasukan keselamatan negara dilantik dan pindaan terhadap akta kehakiman.

"Kami mahu memecahkan pengaruh golongan berhaluan kanan ke atas Najib. Jika cukup ramai golongan moderat yang tampil ke depan dan menyuarakan pandangan mereka, Najib boleh berubah." – Tawfik Ismail

Tawfik, 64, juga tidak termakan dengan hujah mengatakan Najib perlu meletak jawatan kerana kontroversi 1MDB dan sumbangan derma yang diterimanya.

Beliau berkata, isu itu menjadi terlalu rumit hingga sukar dipastikan siapakah yang berkata benar: Najib atau pengkritiknya.

Baginya, sikap berbalas serangan antara kerajaan dan pembangkang dalam isu itu samalah seperti piring hitam mengulang-ulang lagu yang sama: "Ia jadi membosankan".

Dan ketika orang lain mungkin berbeza pandangan, Tawfik percaya masih ada "sekelumit harapan" dalam diri Najib, yang beliau sifatkannya sebagai "seorang moderat yang bersikap mempertahankan pandangannya".

"Kami mahu memecahkan pengaruh golongan berhaluan kanan ke atas Najib. Jika cukup ramai golongan moderat yang tampil ke depan dan menyuarakan pandangan mereka, Najib boleh berubah," kata Tawfik.

"Kami berpendapat, kita perlu bekerja dengan sesiapa sahaja yang berkuasa untuk membawa Malaysia kembali ke jalan yang benar."

"Kami" yang dimaksudkan beliau ialah G25, kumpulan tokoh moderat Melayu yang pernah berkhidmat dalam kakitangan awam, yang turut dianggotai Tawfik.

G25 bermula sebagai sekumpulan 25 pesara kakitangan awam yang akhir tahun lalu menulis surat terbuka kepada kerajaan merayu untuk kembali kepada kesederhanaan dan diadakan dialog rasional mengenai kedudukan dan penerapan Islam dalam undang-undang dan dasar negara.

Kumpulan itu kini menerima lebih ramai keahlian dan mengeluarkan banyak kenyataan mengenai isu melibatkan kaum dan agama, sambil menyeru kepada kesederhanaan. – 8 November, 2015.
 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.