Followers

Monday, November 9, 2015

Anak Lelaki Azmin Berumur 15 Tahun Dipanggil Polis Beri Keterangan BERSIH 4



Pihak polis memanggil anak lelaki Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk memberi keterangan berhubung kehadirannya dalam perhimpunan BERSIH 4 pada Ogos lalu.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR, menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur itu bersama keluarganya.

"Polis arah anak saya datang ke IPD Dang Wangi esok jam 10 pagi walaupun anak saya menghadapi peperiksaan akhir mulai esok.

"Anak kecil seawal 15 tahun sudah dizalimi pasti akan bangkit dan melawan kezaliman dan kemungkaran Umno

"Syukur anak saya Basheer berani," tulis Azmin dalam Twitternya.

Azmin disiasat bawah Akta Perhimpunan Aman kerana membawa kanak-kanak ke demostrasi.

Penganjur BERSIH Maria Chin Abdullah dan Jannie Lasimbang dituduh bawah akta yang sama kerana tidak memberi notis kepada polis.

Pada 29 dan 30 Ogos, BERSIH 4 di ibu negara dihadiri lebih 150,000 peserta.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.