Followers

Tuesday, November 10, 2015

AMK kecam tindakan menyerbu pejabat Malayskini, The Star Online FMT Reporters


nik-azmi,serbu

Tindakan menyerbu pejabat Malaysiakini dan The Star Online telah mencemar kredibiliti dan kewibawaan kedua-dua institusi itu sendiri.

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan menyerbu pejabat Malaysiakini dan The Star Online oleh pihak berkuasa pada Jumaat lepas.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang melakukan serbuan ke pejabat portal berita berkenaan disifatkan sebagai satu tindakan zalim.

Malah katanya, tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua institusi itu sebenarnya telah mencemar kredibiliti dan kewibawaan kedua-dua institusi itu sendiri.

“Sebuah media yang bebas untuk berfungsi tanpa sebarang tekanan atau pemerhatian melampau pihak kerajaan adalah penting untuk sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

“Kejadian ini lebih menggusarkan kerana rakyat pasti akan melihat ini sebagai bersangkut-paut dengan kontroversi Kerajaan Persekutuan yang tidak berkesudahan.

“SKMM serta pihak polis haruslah menerangkan dengan telus mengapa tindakan ini perlu diambil, sebelum keyakinan rakyat terhadap mereka kian terhakis,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Mengimbau mengenai serbuah yang dilakukan, Nik Nazmi berkata, ia dibuat ekoran dakwaan yang menyatakan bahawa tindakan itu diambil akibat laporan mereka berkenaan pemindahan seorang Pegawai Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, pegawai yang dipindahkan itu adalah sebahagian daripada kumpulan penyiasat yang sedang menyiasat anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri juga sudah pun mengesahkan bahawa pegawai tersebut telah dipindahkan secara dalaman di SPRM,” ujarnya.


Free Malaysia Today

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.