Followers

Thursday, November 26, 2015

Adik dakwa kematian Kevin Morais ada kaitan siasatan pemimpin tertinggi

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Dia mendakwa mendiang Kevin memberitahu perkara itu ketika berbual menerusi telefon dalam bahasa Malayalam kerana takut perbualan mereka dirakam.

KUALA LUMPUR – Kematian mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais didakwa ada kaitan dengan siasatan rasuah melibatkan pemimpin tinggi dan isterinya.

Abang kepada mendiang, Charles Morais membuat pengakuan dalam akuan bersumpah yang mendakwa adiknya yang mati dibunuh pada September lalu sedang menyiasat kes melibatkan seorang pemimpin dan isterinya.


“Tiga bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dua memberitahu saya bahawa pemimpin itu adalah ‘lelaki dahsyat’ dan isterinya adalah lebih dahsyat ,” katanya sambil menambah mereka berdua berkomunikasi dalam bahasa Malayalam sepanjang perbualan telefon itu.


“Kevin takut perbualan kami ‘dirakam’, oleh itu kami bercakap dalam bahasa ibunda kami,” katanya.


Charles berkata, dia juga ‘sangat tidak puas hati’ dengan laporan bedah siasat oleh Hospital Kuala Lumpur.
Katanya, laporan pertama mendapati Kevin kemungkinan mati kerana lemas.


“Ini membuatkan saya ketawa kerana hanya ada satu baris dalam laporan itu. Ia tidak menjelaskan lebih lanjut,” katanya.


Oleh itu, dia memfailkan perintah mahkamah untuk bedah siasat kali kedua. Pengurusan kes itu akan ditetapkan pada 4 Disember depan.


Pada 28 September lalu, seorang anggota tentera dan enam lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana membunuh Kevin.


“Saya tidak percaya Kevin telah dibunuh kerana dia mendakwa kakitangan kerajaan terlibat dengan rasuah.
“(tetapi) Saya percaya dia mati kerana dia ‘tahu terlalu banyak’ mengenai perbuatan jenayah oleh mereka yang berkedudukan tinggi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.