Followers

Wednesday, November 25, 2015

Adakah Malaysia akan sekali lagi berputih mata apabila Laut China Selatan diceroboh dan dikuasai oleh Tentera China



Kapal TLDM ketika mendekati Kapal China Coast Guard di Beting Patinggi Ali dalam insiden yang menimbulkan kegusaran kepada rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR, 24 Nov – Bekas pegawai TUDM, Mej Zaidi Ahmad TUDM, mencabar kerajaan Malaysia segera menempatkan tentera Malaysia disitu dan menaikkan jalur gemilang untuk membuktikan bahwa kerajaan pimpinan Umno BN tidak berbohong kepada rakyat.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan bahawa Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Miri, Jamali Basri memaklumkan kali terakhir nelayan tempatan mengunjungi beting itu ialah pada bulan Mei lalu, selepas mereka kerap dihalau pengawal pantai China.

Dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui aplikasi whatsapp, Mej Zaidi Ahmad berkata ‘Saya yakin kerajaan Malaysia tidak akan mampu melakukannya”
“Dalam polisi pemerintahan kerajaan Umno, soal pertahanan negara  bukannya keutamaan sebaliknya projek-projek mega untuk kepentingan dan keuntungan diri dan kroni diutamakan dan kebiasaannya dipalit dengan berbagai skandal dan penyelewengan”

Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kejadian nelayan tempatan diusir daripada melakukan aktiviti di Beting Patinggi Ali oleh pengawal pantai China. Beliau yang bertanggungjawab ke atas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata, tiada laporan sedemikian diterima oleh agensi berkenaan.

Zaidi turut menambah, “Status angkatan tentera Malaysia terus menjadi bahan lawak jenaka apabila negara kehilangan pesawat MH370 diatas ruang udara sendiri. Janji kerajaan Umno BN untuk mempertingkatkan keupayaan radar negara hanya tinggal janji. Pesawat sistem radar amaran awal dan kawalan atau AEWACS sekian lama dipohon oleh TUDM memandangkan negara jiran iaitu Singapura sudah memilikinya sebanyak 4 buah sejak tahun 80an lagi”

“Kerajaan China sedang membina sebuah pulau buatan di tengah-tengah Laut China Selatan (LCS) lengkap dengan kemudahan kem tentera dan landasan terbang. Apabila siap nanti rakyat Malaysia akan menyaksikan sebuah wilayah China akan wujud di LCS yang akan memisahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak kepada dua bahagian”.

Baru-baru ini Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengulas mengenai isu sama berkata gugusan Beting Patinggi Ali bukanlah kawasan yang wujudnya tuntutan bertindih antara Malaysia dengan mana-mana negara. Gugusan itu berada dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982)

Zaidi Ahmad yang juga bekas Pegawai Memerintah No 12 Skn TUDM turut menambah, “Apabila kem tentera di pulau tersebut siap maka mudahlah bagi China untuk menguatkuasakan tuntutannya bahawa seluruh LCS adalah milik mereka. Maka adakah Malaysia akan sekali lagi berputih mata apabila kesemua telaga-telaga minyak Malaysia di LCS akan diceroboh dan dikuasai oleh Tentera China?”

 


Dipetik dari –  airtimes.my



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.