Followers

Monday, November 23, 2015

10 SEBAB PADAH UMNO JIKA PECAT MUHYIDDIN


Zar Ali's photo. Mesyuarat MT UMNO pada 24 November ini dijangka akan membuat keputusan memecat Muhyiddin. Proses pemecatan adalah sama seperti UMNO memecat Anwar Ibrahim pada 1998. UMNO akan terima padah jika Muhyiddin dipecat:

1. Kedudukan Umno sudah tenat. Dlm PRU 13, Umno dah hampir kalah. Bukan setakat hilang majoriti 2/3 malah hilang undi popular. Ketika Anwar dipecat dulu, Umno masih kuat dengan menguasai majoriti 2/3 di Parlimen.

2. Selepas Anwar dipecat, orang Melayu marahkan Umno. Mereka tuduh Mahathir zalim. Akibatnya, Umno hilang banyak kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Tapi nasib baik orang Cina masih sokong BN. Jadi, dalam pilihanraya 1999, BN masih boleh menang dengan majoriti 2/3. 

Sekarang, orang Cina memang dah tak sokong BN. Kalau pecat Muhyiddin, ramai orang Melayu akan simpati kepada Muhyiddin. Najib akan dilihat sebagai seorang yang zalim dan orang Melayu benci orang yang zalim. Tanpa sokongan orang Cina dan orang Melayu marah kepada Najib, BN akan kalah dalam PRU 14.

3. Ketika Anwar dipecat, Tun Mahathir tiada skandal RM2.6 bilion, tiada Rosmah yang boros, tiada Altantuya yang mati penuh misteri, tiada GST, tiada 1MDB, tiada penghapusan subsidi. Najib ada semua masalah ini.

4. Sebelum Anwar dipecat, tiada kebangkitan di kalangan akar umbi UMNO yang mendesak Tun Mahathir letak jawatan. Hari ini, akar umbi UMNO dah muak dengan Najib. Ketua-ketua cawangan UMNO dah berani bersuara desak Najib letak jawatan. 

Yang takut bersuara cuma Ketua-Ketua Bahagian yang telur mereka dipegang oleh Najib. Alah, tak ramai pun macai-macai KB ni. 188 orang sahaja setelah ditolak Pagoh, Semporna dan Pekan, iaitu Najib sendiri. Manalah tahu dalam sehari dua ni ada lah pulak daripada 188 orang ni yang buka mulut. Tak kecut perut Najib.

5. Mesyuarat MT untuk pecat Muhyiddin dibuat di Parlimen. Apasal buat kat Parlimen? Ibu pejabat UMNO kan dekat aje dengan Parlimen tu. Tak sampai 5 minit pun berkereta dari Parlimen. 

Tak pernah dalam sejarah mesyuarat MT buat kat Parlimen. Dah buang tebiat ke UMNO ni? Oh, rupanya Najib takut nak buat kat ibupejabat UMNO. Takut beribu orang berkumpul di PWTC tunjuk sokongan kat Muhyiddin. Kat Parlimen orang awam tak boleh masuk sebarangan. 

Ada kawalan polis. Belum apa-apa lagi dah takut. Kalau buat benda betul nak takut apa? Takut sebab nak buat benda salah lah tu.

6. Muhyiddin agak berhati-hati mengkritik Najib sebab tak mahu langgar disiplin Umno. Beliau langsung tak kritik Umno. Dia pun tak buat apa-apa gerakan yang boleh dilihat akan memecah belahkan Umno. 

Tapi kalau Muhyiddin dipecat, apa lagi yang menghalang dia daripada mengkritik Najib sekeras-kerasnya.

7. Kalau Muhyiddin dipecat, mungkin akar umbi UMNO yang kecewa dengan Najib akan buat sesuatu. 

Muhyiddin popular di peringkat akar umbi. Tak mustahil ada pemimpin akar umbi UMNO yang letak jawatan beramai-ramai dan cawangan yang bubar. 

Lagipun UMNO dah tenat. Yang kenyang dalam keadaan sekarang ni Ketua Bahagian dan kroni KB sahaja. Apa rugi letak jawatan dan bubar cawangan? UMNO akan lumpuh!

8. Bukan setakat akar umbi UMNO sahaja, malah Muhyiddin juga semakin popular di luar UMNO. Muhyiddin cuma memerlukan sedikit sentuhan rakyat untuk mengajak rakyat berjuang bersama-sama beliau menentang kemungkaran Najib. 

Dengan menggabungkan kekuatan akar umbi UMNO dan rakyat yang semakin meluat dengan gelagat Najib serta kecewa dengan kegagalan BN menangani masalah mereka, terutamanya kos sara hidup yang semakin meningkat, Muhyiddin boleh jadi faktor besar kejatuhan Najib dalam PRU 14.

9. Muhyiddin tiada masalah peribadi. Beliau dipecat kerana beliau berani bercakap benar. Rakyat sanjung pemimpin yang berani kerana benar.

10. Dengan Muhyiddin masih berada dalam UMNO dan tidak membuat apa-apa gerakan untuk menumbangkan Najib kecuali bersuara, populariti Najib cuma tinggal 17% sahaja. Bayangkan jika MT Umno pecat Muhyiddin dan beliau memulakan gerakan besar-besaran untuk menumbangkan Najib. Bukan sahaja Najib akan tergolek, UMNO pun boleh bungkus!

Jadi, macai-macai UMNO dan punahsihat Najib, renung-renungkanlah. Nyawa anda semua dah di hujung tanduk! Pecat Muhyiddin lagi cepat anda semua bungkus!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.