Followers

Saturday, October 10, 2015

Wanita Nyaris Dirogol Penyamun Berseluar Dalam




BATU PAHAT - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dan hampir menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam ketika memecah masuk rumahnya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2 pagi minggu lalu, mangsa sedang tidur di kediamannya di Senggarang, sebelum terjaga apabila terdengar bunyi bising.

Katanya, setelah tersedar, mangsa mendapati seorang lelaki dipercayai warganegara Indonesia di dalam biliknya dipercayai masuk melalui tingkap.

“Pada awalnya, mangsa diarah mengeluarkan barang berharga miliknya dan mangsa yang ketakutan mengikut arahan diberikan suspek.

“Bagaimanapun, suspek mengarahkan mangsa mengikutnya ke kawasan kebun berhampiran,” katanya.

Menurutnya, takut dengan ugutan dicederakan, mangsa menurut kehendak suspek.

Katanya, sebaik sampai di kebun berkenaan, suspek telah mencabulinya.

“Bagaimanapun, suspek kemudian meninggalkan mangsa sendirian di kawasan kebun berkenaan.

“Mangsa balik ke rumah dan mendapati beberapa barang miliknya termasuk telefon bimbit serta wang tunai telah hilang.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Batu Pahat dan pihak polis masih giat memburu suspek berdasarkan maklumat diperoleh,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.