Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila sebuah restoran mamak
menggunakan penyapu lantai untuk membersihkan kuali. Malah perkara itu
bukanlah tersebar di atas khabar angin, tetapi melalui sebuah rakaman
video oleh seorang pelanggan di restoran tersebut.
Menurut laporan daripada Harian Metro, restoran tersebut diarahkan tutup
kerana kotor selepas diperiksa Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.
Jurucakap jabatan itu berkata, restoran berkenaan diarahkan tutup
sehingga pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihannya. Katanya,
pemeriksaan mengejut dibuat oleh lapan penguat kuasa jabatan berkenaan
di seluruh kawasan premis termasuk bahagian dapur selepas menerima aduan
orang ramai yang melihat video itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan di restoran berkenaan
tidak memuaskan dan kita beri notis supaya restoran ditutup esok. Kita
akan beri kelulusan untuk restoran itu beroperasi semula apabila ia
benar-benar bersih,” katanya.
Jika anda ingin melihat tahap kebersihan restoran ini dengan lebih
terperinci, cuba tengok video pendek di bawah ini. Memang kembang tekak
kami. Tidak salah untuk makan di restoran mamak, asalkan kebersihannya
terjaga dan tidak kotor teruk seperti dalam video ini.
Adakah anda pun pernah terlihat perkara yang sama? Bolehlah kongsikan
pengalaman anda di ruangan komen agar menjadi pesanan kepada orang ramai
untuk berhati-hati memilih restoran yang bersih.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.