Pas rugi enggan kerjasama dengan Perkasa [fmt]- Keengganan Pas menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Perkasa bakal merugikan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad bahawa Pas enggan bekerjasama kerana Perkasa membawa sentimen perkauman telah menyinggung perasan pengundi Melayu.
Katanya, kenyataan Iskandar itu bakal memberi kesan kepada Pas apabila pengundi Melayu tidak menyokong parti itu pada pilihan raya akan datang. Ini kerana, katanya, ahli-ahli Perkasa bebas memilh mana-mana calon sama ada parti kerajaan atau pembangkang pada pilihan raya.
“Iskandar adalah pemimpin sebuah parti di Selangor.
Parti ini sepatutnya menjaga perasaaan orang lain terutamanya perasaan pengundi kerana Pas akan bertanding dalam pilihan raya.
“Kenyataan dia (Iskandar) yang menyatakan bahawa Perkasa membawa sentimen perkauman menunjukkan sebenarnya dia tak pernah mendampingi Perkasa, tidak mendalami perjuangan Perkasa, tidak pernah tahupun tentang Perkasa,” katanya kepada FMT.
Abu Bakar berkata, perjuangan yang dibawa Perkasa adalah melibatkan perkara-perkara yang temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Iskandar membuat kenyataan itu kerana mendakwa media tersilap lapor bahawa Pas dan Perkasa setuju untuk menjalinkan kerjasama membabitkan isu nasional tetapi tidak melibatkan kerjasama politik.
Persetujuan itu dicapai selepas Perkasa diketuai Datuk Ibrahim Ali melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa. Abu Bakar berkata, Naib Presiden Pas itu sepatutnya tidak boleh menafikan laporan yang dibuat kerana media berada di tempat pertemuan itu.
“Dia tidak boleh nafikan kenyataan media kerana media berada bersama Presiden Perkasa dan Presiden Pas membuat kenyataan akhbar . Dia tidak boleh menafikan. Wartawan ada kat sana,” katanya. *
PAS Selangor Tolak Kerjasama Dengan PERKASA
PAS Bakal Hilang
Pengundi Jika Bentuk Kerjasama Dengan PERKASA
Iskandar-Samad_pas_perkasa_600
Pas rugi enggan kerjasama dengan Perkasa
[fmt]- Keengganan Pas menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Perkasa
bakal merugikan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, kenyataan
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad bahawa Pas enggan
bekerjasama kerana Perkasa membawa sentimen perkauman telah menyinggung
perasan pengundi Melayu.
Katanya, kenyataan Iskandar itu bakal memberi kesan kepada Pas apabila
pengundi Melayu tidak menyokong parti itu pada pilihan raya akan datang.
Ini kerana, katanya, ahli-ahli Perkasa bebas memilh mana-mana calon sama
ada parti kerajaan atau pembangkang pada pilihan raya.
“Iskandar adalah pemimpin sebuah parti di Selangor. Parti ini sepatutnya
menjaga perasaaan orang lain terutamanya perasaan pengundi kerana Pas
akan bertanding dalam pilihan raya.
“Kenyataan dia (Iskandar) yang menyatakan bahawa Perkasa membawa
sentimen perkauman menunjukkan sebenarnya dia tak pernah mendampingi
Perkasa, tidak mendalami perjuangan Perkasa, tidak pernah tahupun
tentang Perkasa,” katanya kepada FMT.
Abu Bakar berkata, perjuangan yang dibawa Perkasa adalah melibatkan
perkara-perkara yang temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Iskandar membuat kenyataan itu kerana mendakwa media tersilap lapor
bahawa Pas dan Perkasa setuju untuk menjalinkan kerjasama membabitkan
isu nasional tetapi tidak melibatkan kerjasama politik.
Persetujuan itu dicapai selepas Perkasa diketuai Datuk Ibrahim Ali
melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang pada Selasa.
Abu Bakar berkata, Naib Presiden Pas itu sepatutnya tidak boleh
menafikan laporan yang dibuat kerana media berada di tempat pertemuan
itu.
“Dia tidak boleh nafikan kenyataan media kerana media berada bersama
Presiden Perkasa dan Presiden Pas membuat kenyataan akhbar .
Dia tidak boleh menafikan. Wartawan ada kat sana,” katanya.
* PAS Selangor Tolak Kerjasama Dengan PERKASA
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.