Followers

Wednesday, October 14, 2015

VIDEO - Mangsa ragut beri nasihat kepada lelaki yang meragutnya.. Selepas lelaki itu berjaya ditangkap



Kuala Terengganu: "Jangan buat kerja gini dik. Jadi pengajarang (pengajaran) buat adik hari ni," kata pemilik spa kepada lelaki yang meragut beg tangannya mengandungi wang RM15,000 serta barang kemas ibunya di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 4.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Tun Mardiyah Bilal Muda, 43, dari Taman Medan Jaya, Rusila, Marang sedang menunggu rakan berhampiran stesen minyak di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Namun beg tangannya diperoleh semula dengan bantuan dua pemuda yang menyaksikan kejadian itu.

Tun Mardiyah berkata, selepas lima minit berada di kawasan berkenaan, dia dihampiri lelaki tidak dikenali yang terus menarik beg tangan sebelum melarikan diri ke kawasan perumahan berhampiran dengan motosikal merah.

"Kebetulan kejadian itu disaksikan dua lelaki yang kemudian pantas mengejar lelaki terbabit sebelum menahannya di kawasan perumahan berkenaan," katanya kepada Harian Metro.

Suspek yang dipercayai bekerja di hotel di negeri ini dan berusia lingkungan 20-an, kemudian diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit selepas kejadian.

- hmrtro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.