Followers

Monday, October 5, 2015

VIDEO - Fokus Ke Putrajaya, Pakatan Harapan Tidak Perlu Hiraukan Masalah PAS


PRU-14: Siapa akan korbankan kerusi demi AMANAH?

"Khianat dan terburu-buru!" kata seorang pemimpin PAS mengulas pelancaran Parti Amanah Negara pada Hari Malaysia.

"Tidak realistik!" katanya merujuk kepada pengumuman Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 23 September bahawa Pulau Pinang sekarang adalah kerajaan Pakatan Harapan yang meliputi DAP, PKR dan Amanah.

Setiausaha PAS negeri itu Fadzil Mohd Kemi berkata ia tidak realistik kerana Pakatan Harapan mengisytiharkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika gabungan baru pembangkang itu menang pilihan raya umum ke-14.
 


 
Bekas ketua pembangkang itu menjalani hukuman penjara lima tahun berhubung kesalahan meliwat dan tidak boleh memasuki gelanggang poltik sehingga 2015.

Tetapi, ia dilihat gabungan pembangkang itu, tanpa PAS, bersedia berdepan pilihan raya umum, selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pertukaran nama Parti Pekerja-pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara.

Namun, persoalannya yang tinggal sama ada Amanah dan Pakatan Harapan boleh menjadi alternatif yang berdaya maju kepada PAS dan BN, kata Fadzil.

Pembangkang perlukan PAS

Fadzil berkata, tanpa PAS, atau kemampuan mereka mendapat sokongan orang Melayu di kawasan itu, Pakatan Harapan akan gagal dalam usaha mereka untuk menawan Putrajaya.

Sesebuah parti itu dilihat tidak berguna jika tidak boleh bertanding dan menang (sekurang-kurangnya satu kerusi) dalam pilihan raya tetapi persoalan lebih utama sama pada AMANAH sekarang bukan mengenai kemenangan, tetapi kerusi mana yang boleh mereka tandingi.

Satu-satunya parti yang tidak bertentangan dengan AMANAH adalah DAP, walaupun orang yang tidak selesa dengan pihak yang muncul sebagai perkauman atau cauvinis, dan yang lebih suka kepada lebih 'solekan' Melayu/Islam, akan memilih menyertai AMANAH dan bukannya PKR atau DAP.

Tanpa syak lagi, terdapat ramai yang berada di atas pagar, dan lebih berminat untuk tidak memilih parti politik yang mana mereka merasakan amalan mengagumi tokoh seperti PAS lakukan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PKR untuk Anwar selaku bekas timbalan perdana menteri.

Maka undi akan berkurangan dengan Umno masih kuat dalam permainan ini, sekalipun kritikan mendakwa parti itu parti itu sudah lama dan hanya boleh membuat kemajuan di kawasan tengah Melayu luar bandar dengan rasuah dan mengancam masyarakat jika pembangkang berkuasa.

PAS dan PKR mempunyai kerusi mereka pada pilihan raya umum lalu walaupun kedua-dua parti bertembung pada tujuh kerusi, mendorong pelbagai persoalan oleh masyarakat umum.

AMANAH, sebuah parti baru, perlu bekerja daripada kosong. Tetapi dengan siapa mereka akan berunding?

Hadi membuat kenyataan jelas, bahawa AMANAH adalah pengkhianat parti, "lebih teruk daripada musuh" seperti yang beliau anggap kepada pemimpin yang disingkirkan dan menubuhkan parti baru itu.

Ini bermakna AMANAH hanya boleh berunding dengan PKR. Adakah PKR sedia berkongsi kerusi dengan AMANAH?"-mk



Muhasabah diri, jangan salahkan orang lain, Amanah beritahu PAS

Menyalahkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai punca pergolakan dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah merupakan sikap terbelakang yang jauh sekali gagal untuk memimpin perubahan masa yang semakin kritikal, kata Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang dilihat merujuk kepada PAS berkata, parti Islam itu sepatutnya menumpukan isu politik negara yang lebih besar dan bukannya sibuk menunding jari menyalahkan pihak lain menjadi punca perpecahan parti mereka.

"Semua parti-parti pembangkang tidak terkecuali, Amanah hendaklah sentiasa melakukan koreksi diri dan fokus kepada agenda besar yang menjadi harapan rakyat sekarang ini.

"Ini adalah keperluan yang mendesak ketika ini daripada sibuk menuding jari kononnya orang lainlah yang membawa angkara perpecahan dan masalah kepada parti sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah (PR) , menyaksikan penubuhan parti serpihan, Amanah.‎

Pada masa sama Salahuddin berkata, Amanah berpandangan pintu rundingan dan meja perbincangan sentiasa terbuka luas kepada semua parti pembangkang di negara ini untuk berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara.

"Amanah sebagai pemain baharu di persada politik tanah air akan sentiasa melakukan koreksi diri untuk memperkukuhkan peranan kami dalam Pakatan Harapan.

"Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak mekakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar Pakatan Harapan yang menjadi aspirasi rakyat ini," katanya. -TMI

ULASAN GB

Penubuhan Pakatan Harapan tidak terburu-buru sepertimana didakwa sesetengah pihak. Ini kerana PAS dari awal lagi SUDAH menyatakan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH. Justeru itu mengapa perlu Pakatan Harapan hiraukan PAS lagi

Kedua, AMANAH tidak perlu mengharap atau menagih sebarang kerusi daripada mana-mana pihak. Dengan terbentuknya Pakatan Harapan, tentulah PKR, DAP dan AMANAH akan meneruskan perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan. PAS tidak termasuk sebagai komponen, oleh itu PAS yang sebenarnya bermasalah. 
PAS boleh bertanding di mana-mana kerusi yang mereka mahu. Pertandingan 3 penjuru berkemungkinan berlaku. Apatah lagi sejarah PRU 2013 membuktikan PAS jugalah yang memulakan pertandingan 3 penjuru dengan pengkhianatan terhadap PR apabila meletakkan calon-calonnya di dalam 8 kawasan.  
PAS akan dihukum oleh rakyat dan akan mendapat semula balasan ke atas pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap PR sebelum ini.

Ketiga, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

Keempat, yang jelas, untuk menentang BN kita perlukan gabungan parti-parti politik kerana tiada sebuah parti pun boleh memerintah secara sendirian di dalam negara ini. Itu realiti.

Kelima, sebagai parti politik yang sah dan berdaftar, kini AMANAH boleh bertanding dimana-mana pun kerusi parlimen atau DUN. Itu hak AMANAH di sisi Perlembagaan. Tetapi dengan persepakatan diantara komponen-komponen di dalam Pakatan Harapan, AMANAH tidak akan bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP dan PKR.

Keenam, kini, PAS memilih untuk bersendirian. Pakatan Harapan tidak, BN pun tidak. PAS yang menjadi kera sumbang. Nak bertanding di semua kerusi pun tiada siapa yang menghalang. Soal PAS bukan soal Pakatan Harapan lagi. Kita akan kecundang jika terus melayani karenah si kera sumbang.

Ketujuh, hubungan PAS dengan PKR itu adalah hal yang berasingan dan di atas pundak PKR samada untuk menerima atau tidak. PKR tidak sepatutnya curang dan khianat kepada rakan-rakan lain di dalam Pakatan Harapan seperti yang dilakukan PAS sebelum ini. 
Jika berlaku demikian sewajarnya PKR tidak lagi menjadi "anchor party" di dalam Pakatan Harapan.

Kelapan, semua pihak di dalam Pakatan Harapan perlu jujur dan ikhlas. Kita perlu fokus kepada matlamat kita. Walaupun dengan ketiadaan PAS, Pakatan Harapan mampu dan boleh ke Putrajaya.

Kesembilan, kita berjuang bukan dengan nafsu dan emopsi, tetapi dengan ilmu dan strategi. Pakatan Harapan telah cukup terbuka selama ini.  
Kita tak perlu terhegeh-hegeh untuk memberi ruang kepada yang terhegeh-hegeh di luar dari Pakatan Harapan.

Kesepuluh, kita peringatkan. lagi.. jangan diulangi kesilapan yang lepas-lepas. Mereka yang tidak bersama kita tidak perlu kita fikirkan atau kita hiraukan. Tinggalkan yang angkuh yang sombong dan yang celupar itu. 
Jika dengan adanya mereka bersama kita menyebabkan kita sentiasa ditikam dari belakang, apa pasal lagi untuk membiarkan mereka menyertai kita? 
Hanya orang tidak siuman akan berbuat demikian. Jangan buang masa melayani karenah yang melecehkan perjuangan kita. Jangan hiraukan salakan anjing itu, kabilah ke Putrajaya mesti terus berjalan....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.