Followers

Sunday, October 4, 2015

Umno tangguh mesyuarat dalaman ??


Umno tangguh mesyuarat dalamanMesyuarat dalaman Umno yang sepatutnya diadakan esok, ditunda sehingga tarikh yang belum ditetapkan, kata sumber dari parti itu.

Katanya, makluman mengenai pembatalan berkenaan dikeluarkan pegawai Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada petang semalam."Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberi yang menyebabkan mesyuarat itu ditunda," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam portal ini menyiarkan laporan mengenai mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihan Raya Umum (GCOC) yang dijadual diadakan di PWTC pada jam 8 malam esok.

Antara anggota GCOC ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Bagaimanapun mesyuarat itu menjadi perhatian kerana ia dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Biasanya Muhyiddin diberi amanah mempengerusikan mesyuarat berkenaan. Untuk makluman, Ahmad Zahid hanyalah Naib Presiden Umno yang dilantik menjadi timbalan perdana menteri menggantikan Muhyiddin dalam rombakan kabinet 28 Julai lalu.

Kedudukan Muhyiddin dalam Umno juga dilihat diketepikan apabila mesyuarat pengurusan yang diadakan sebelum pertemuan Majlis Tertinggi Umno bakal dipengerusikan oleh presiden parti itu sendiri. 

Mengikut kelaziman, mesyuarat itu juga dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Umno.-Mkini


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.