Followers

Sunday, October 18, 2015

Tol naik: Cubaan Noh Omar perbodoh rakyat dibidas bekas Wanita UMNO


Anina Saadudin mengingatkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya tidak memperbodohkan rakyat.

Bekas ahli Wanita UMNO itu membuat ingatan itu apabila Noh menyalahkan kerajaan Selangor sebagai punca kenaikan harga tol di Lembah Klang.

Noh meminta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memulangkan segala keuntungan dari saham 30 peratus yang dimiliki dalam dua syarikat lebuh raya kepada rakyat.

Anina berkata, kerajaan Pusat dibawah pentadbiran Barisan Nasiona (BN) yang sepatutnya dipersalahkan kerana membenarkan kenaikan kadar tol itu.

“Punca sebenar kenaikan kadar tol adalah kerana Putrajaya mengambil keputusan untuk menghentikan bayaran konsesi yang sepatutnya dibayar oleh Pusat kepada syarikat pengendali lebuhraya.

“Rakyat juga perlu tahu bahawa lebuhraya yang melibatkan pegangan saham 30% anak syarikat kerajaan Selangor hanyalah KESAS dan SPRINT (yang terlibat dalam kenaikan kadar tol),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Noh supaya tidak terlalu melampau bermain politik dan menuding jari kepada pihak lain.

“Shah Alam tidak pernah menjanjikan 30% saham anak syarikatnya kepada rakyat TETAPI Putrajaya sememangnya mencanangkan bahawa kutipan GST akan dipulangkan kepada rakyat.

“Saya penyokong BN, tetapi saya tidak menyokong sebarang bentuk pembohongan kepada rakyat. Pengundi BN adalah rakyat. Tidak salah jika saya meminta Putrajaya memulangkan hak rakyat kepada rakyat,” katanya,

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.