Followers

Wednesday, October 14, 2015

TAK SALAH PERTIKAI MAHKAMAH ( pertikai tak bermakna tak hormat tapi ulang2 salah kita jadi muak memberontak)

Ismaily Bungsu C's photo.

KITA kekadang mendengar orang perkata konon kita kena hormat mahkamah. Ya, kita memang hormat mahkamah tetapi kala hormat tidak semestinya kita diam saja apa yang diputuskan oleh mahkamah.

Kita hormat PM sebab dia pilihan MP dan sekaligus pilihan rakyat meski
hannya 47% mengundi rakyat kala BN hanya kelebihan 33 kerusi di PRU13 lalu.


Kita hormat PM tak semestinya akur apa saja yang dia putuskan dan kita kuiri tak semestinya semata ditentukan kala election mendatang sama juga kita kuiri kesalahan murid tidak semesti lewat peperiksaan. bukan bgitukah?

Kita hormat Mahkamah sebab tidak semua yang di sana selalu berbuat salah dan ada kalanya keputusannya salah dan memang ada yang betulnya juga dan sedikit tidak benar.

Mungkin tidak benar buat yang teraniaya atau yang gagal pertahankan bicara tetapi itu bukan soalnya sebab untuk puaskan hati semua orang bukan semudah yang disangka.

Mahkamah/sistem kehakiman itu dicipta oleh manusia dan manusia itu bukan malaikat atau Tuhan yang maha berkuasa dan hakim/manusia itu ada salah silapnya di mana-mana dan sebagai sesuatu itu keputusan manusia, maka manusia lain juga punya hak untuk pertikai sesuatu keputusan.

Pertikai sesuatu keputusan tidak bermakna tak hormat, makanya kalau bicara di mahkamah rendah sesiapa juga bisa kuiri di mahkamah lain seperti mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan tetapi itu tidak bermakna tak hormat keputusan.

Misalnya kekadang pencuri ayam kerana mahu makan atau sebaliknya kala di mahkamah pejara 24 bulan, sedang yang mencuri tipu khazanah negara dipenjara 1 tahun sahaja. adilkah itu namanya kalau terjadi sama adik kita sendiri?

Nah, di mana keadilan itu sebenarnya sedang dalam islam kalau memang orang miskin sangat mencuri tidak pula dipotong tangan sebab islam hukum seseorang berdasarkan keadaan dan itu sebab sebelum hudud dilaksana sekurang kemiskinan itu harus diselesai dulu samalah kala darurat makanan tak ada untuk hidup babi jadinya tidak haram ketika itu kalau dimasak meski mentah.

Jadi, kesimpulan yang saya jelaskan tidak menjadi kesalahan sesiapapun pertikai keputusan mahkamah, malah kalau kita rasa tidak benar kita berhak menyuarakan dan islam pula membenarkan malah wajib mempertahakan mereka insan teraniaya tak kira apa bangsa dan agamanya.


begitulah saya fikir dan ini harus dimengerti


ISMAILY BUNGSU
SABAH
14/10/2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.