Followers

Friday, October 30, 2015

Selangor jamin tiada lagi catuan air dalam Belanjawan 2016 OLEH DIYANA IBRAHIM



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tiba di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini, untuk membentangkan Belanjawan 2016.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tiba di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini, untuk membentangkan Belanjawan 2016.


Tidak akan berlaku lagi catuan air di Selangor, itu jaminan kerajaan negeri dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang membentangkan belanjawan itu berkata jaminan itu dinyatakan selepas kejayaan kerajaan negeri menyelesaikan isu penswastaan industri perkhidmatan air.

"Kejayaan ini membolehkan industri perkhidmatan air disusun semula ke arah perkhidmatan yang lebih baik," katanya di DUN Selangor, Shah Alam, hari ini.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata, kerajaan negeri akan meneruskan program air percuma dalam belanjawan tahun depan dengan peruntukan RM1.08 bilion.

Beliau dalam ucapannya turut menyentuh mengenai pelaksanaan Projek Langat 2 di mana kerajaan negeri sedang dalam usaha membangunkan sumber air baharu bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air.

"Kerajaan negeri memandang serius apabila pelaksanaan Projek Langat 2 hanya dijangka siap pada pertengahan 2019.

"Kerajaan negeri mengambil langkah proaktif membangunkan sumber air baru bagi memitigasikan sebarang kemungkinan kekurangan bekalan air antara tempoh 2017-2019.

"Projek sumber air baru yang dikenal pasti untuk dibangunkan dengan kos bernilai RM778 juta ialah Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Kuala Langat dan Loji Rawatan Air Semenyih 2, Jenderam Hilir," katanya.

Selangor pada masa lalu terpaksa memperkenalkan catuan air semasa musim kemarau.

Azmin berkata pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), syarikat konsesi air utama di negeri itu, selesai 2 minggu lalu. – 30 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.