Followers

Friday, October 30, 2015

Ahli Umno boleh disiasat walaupun tanpa aduan


Ahli Umno boleh disiasat bagi sebarang kesalahan disiplin walaupun tanpa aduan dibuat mengenainya, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

Ahli Umno boleh disiasat bagi sebarang kesalahan disiplin walaupun tanpa aduan dibuat mengenainya, kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.


Ahli Umno boleh disiasat bagi sebarang kesalahan disiplin walaupun tanpa aduan dibuat mengenainya, dan Perlembagaan parti mempunyai peruntukan yang jelas untuk mengambil tindakan terhadap anggotanya yang didapati melanggar peraturan parti.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata ahli yang membuat kenyataan terbuka di media sehingga menjejaskan parti, boleh disiasat dan dibawa kepada Lembaga Disiplin.

"Ahli terbabit dirujuk kepada Lembaga Disiplin Umno untuk siasatan dan tindakan akan diputuskan apabila ahli lembaga itu bersidang," katanya.

Menurutnya, berdasarkan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno, semua ahli parti hendaklah cintakan parti dan (a) Patuh kepada Perlembagaan parti dan tataetika ahli; (b) Mengikut perintah parti; (c) Menjalankan dasar parti; (d) Patuh dan menghormati keputusan parti; (e) Menjaga rahsia parti; (f) Memelihara nama baik dan maruah parti; (g) Sentiasa menunjukkan tata laku yang sopan lagi tertib.

Fasal 20.9 pula menyatakan mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan atau tata etika, boleh dikenakan hukuman iaitu diberi amaran; digantung hak dalam parti serta dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam pilihan raya negeri atau umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan Majlis Tertinggi parti.

Menurut Perlembagaan parti, ahli terbabit juga boleh dipecat daripada parti dan dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras perlembagaan itu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata 7 ahli Umno sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.

Beberapa pemimpin Umno dilaporkan menyertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno.

Mereka termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Sementara itu, Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata kestabilan Umno akan terganggu gugat selain wujudnya kekeliruan dalam kalangan ahli jika mereka yang melanggar peraturan tidak dikenakan tindakan disiplin.

"Jika tiada sebarang tindakan diambil, ini akan menyerlahkan walaupun wujud peraturan di dalam Umno, namun ia tidak digunakan khususnya terhadap individu tertentu," katanya.

Beliau berkata Umno perlu segera dan lebih berani membuat keputusan bagi mengurangkan persepsi negatif terhadap parti itu.

Bagaimanapun, Marthada menegaskan sebarang tindakan haruslah dilakukan secara teliti dan konsensus melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

"Mereka yang berdepan tindakan disiplin juga perlu diberikan peluang membela diri dan berhujah atas nama keadilan.

“MT boleh mendengar hujah secara langsung dan terpulanglah kepada anggota MT untuk mencadangkan sebarang tindakan kepada Lembaga Disiplin.

"Ini pernah dilakukan bekas presiden parti Dr Mahathir semasa beliau memanggil timbalannya (ketika itu) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi penjelasan," katanya. – Bernama, 30 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.