Followers

Monday, October 26, 2015

Pakatan Rakyat vs Pakatan Harapan: Setara mana Azmin sanggup bertahan?


Pakatan Harapan Rakyat Selangor?
Apapun, kalau Saifuddin dan Rafizi gunakan kuasa 'akarumbi PKR' dan dibantu pula oleh Kamaruddin Jaafar dan Saifuddin Abdullah untuk mengkuburkan terus Pakatan Rakyat, Azmin akan terpaksa buat keputusan samada untuk terus bersama PKR atau jalankan 'plan B' dia dengan PAS yang tentunya dengan bantuan Umno.

Harakahdaily dalam artikel bertajuk "PAS, PKR akan perkasakan Pakatan Rakyat" melaporkan:

PAS akan memperkasakan Pakatan Rakyat dengan penyusunan semula kekuatan antara parti itu dan PKR di samping beberapa buah parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Mesyuarat bersama PKR yang diadakan minggu lepas bersetuju untuk mengukuhkan muafakat melalui perbincangan di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan," ujar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau dalam satu kenyataan menyatakan Pakatan Rakyat tanpa DAP adalah satu platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini. - Hrkh.
TheMalaysianInsider dalam artikel bertajuk "Pakatan Rakyat sudah lama berkubur, kata PKR kepada PAS" melaporkan:

Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja, mahupun Majlis Presiden yang membuat keputusan bersama, begitu juga urusetia yang menyelaraskan program dan aktiviti pakatan itu.
Semua itu wujud selepas PR ditubuhkan pada 1 April, 2008 berikutan pilihan raya umum tahun itu, dengan dasar rangka kerja bersamanya disediakan pada 19 Disember, 2009.

"Hari ini semuanya itu tidak lagi wujud dan ini bermakna PR tidak lagi berfungsi," kata Saifudin yang juga bekas setiausaha agung PKR. - TMI
Kalau tanya aku, Pakatan Rakyat sebenarnya masih hidup walaupun mungkin sekadar nyawa-nyawa ikan hanya di Selangor. Yang masih boleh hidup tu pasai Azmin masih bagi nyawa kat Pakatan Rakyat terutamanya melalui 'ghanimah' yang cukup banyak di Selangor yang Azmin pegang.

Bharian 4 hari lepas melaporkan:

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di negeri tiu seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang kerana senario politik di kedua-dua negeri berbeza.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, mesyuarat majlis tertinggi PKR dua minggu lepas telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti di Pulau Pinang sebab senario politik berbeza. "Kita telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan PAS, Parti Sosialis Malaysia dan semua parti pembangkang di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini. - Bharian.
Selagi Azmin sanggup bertahan terus bagi nyawa kat Pakatan Rakyat Selangor selagi itulah Pakatan Rakyat akan terus hidup.

Cuma persoalannya sampai tara mana Azmin sanggup bertahan, tambah-tambah bila nampak gayanya DAP pun dah semakin tak tahan dengan 'mainan' Azmin di Selangor ni.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:

"Pendirian DAP sama sampai mati, PR tidak lagi wujud.
"Kalau PR masih hidup, mungkin sesiapa boleh mengadakan mesyuarat majlis presiden PR dan lihat siapa yang akan hadir.

"Mungkin hanya PAS yang akan muncul. Jadi, jika itu yang berlaku, maka ia tidak wujudlah," kata Pua kepada pemberita selepas merakamkan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Menegaskan semuanya kini berakhir, beliau berkata sebarang kerjasama antara PKR dan PAS ketika ini tidak ada kena mengena dengan PR sebagai satu pakatan rasmi seperti sebelum ini. - TMI.
Apapun, kalau Saifuddin dan Rafizi gunakan kuasa 'akarumbi PKR' dan dibantu pula oleh Kamaruddin Jaafar dan Saifuddin Abdullah untuk mengkuburkan terus Pakatan Rakyat, Azmin akan terpaksa buat keputusan samada untuk terus bersama PKR atau jalankan 'plan B' dia dengan PAS yang tentunya dengan bantuan Umno.


Canagau Daunkari

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.