Followers

Tuesday, October 20, 2015

PAC kena siasat 1MDB, bukan Tony Pua


KUALA LUMPUR - DAP hari ini mengingatkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu, Datuk Hasan Ariffin agar meneruskan siasatan ke atas syarikat pembangunan strategik milik kerajaan,

1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mendedahkan kebenaran bukannya melencong dari tujuan asal.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tujuan utama PAC ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB bukan untuk menyiasat ahli-ahli jawatankuasa itu.

"Saya tak faham kenapa dalam kenyataan pertama beliau selepas dilantik jadi pengerusi PAC, beliau tumpukan pada kedudukan Tony Pua yang juga ahli PAC.

"Kita minta PAC siasat 1MDB, asal usul siapa yang bertanggungjawab dalam 1MDB. Kenapa nak siasat Tony Pua? PAc bukan utk siasat ahli atau Tony," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Hasan dilaporkan menyebut bahawa mesyuarat PAC akan datang bakal menentukan nasib Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung kedudukannya dalam jawatankuasa itu.

Tony sebelum ini dilihat lantang mengkritik 1MDB.

Guan Eng berkata, Hasan tidak sepatutnya memulakan tugasnya dengan perkara remeh sedangkan isu besar sudah didepan matanya.


KedahLanie.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.