Followers

Wednesday, October 14, 2015

Nanti bukan kadar tol yang naik, rakyat yang ‘naik’ hantu – Rani Kulup

Encik Politik Encik Polotik

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Rani Kulup (bertongkat) berkata, kenaikan kadar tol hanya menambahkan bebanan rakyat yang selama ini sudah dihimpit kenaikan kos sara hidup.

KUALA LUMPUR, 14 Oktober:


Kerajaan digesa menangguhkan kenaikan kadar tol yang akan berkuat kuasa esok.


Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, kerajaan perlu mencampur tangan dalam perkara itu, supaya kadar tol tidak dinaikkan sewenang-wenangnya, sekalipun wujud perjanjian konsesi.


“Tol ini sebenarnya boleh rileks dulu, sekarang rakyat sudah menghadapi pelbagai kenaikan harga barang.
“Nanti bukan tambang tol yang naik, rakyat yang ‘naik’ hantu nanti. 


Kita tahu ada perjanjian konsesi, tetapi kerajaan tetap perlu campur tangan,” katanya selepas membuat laporan polis berhubung kenaikan tol yang diumumkan kelmarin dan semalam, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi tadi.

Tambahnya, kenaikan kadar tol hanya menambahkan bebanan rakyat yang selama ini sudah dihimpit kenaikan kos sara hidup.


“Jangan naikkan lagi harga tol buat masa sekarang, kerajaan harus memahami tekanan yang rakyat lalui,” ujarnya.


Setakat ini, sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya telah mengumumkan kenaikan kadar tol antara 20 sen hingga RM6 yang akan berkuat kuasa esok.


Kementerian Kerja Raya menjelaskan, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM1,108 juta antara 2008 dan 2013, serta RM403 juta pada tahun lalu, untuk penangguhan kadar tol.


Dalam perkembangan lain, Rani Kulup yang lebih mesra dipanggil Ayahanda turut membuat laporan polis berhubung penjualan ubat demam yang dipercayai mengandungi bahan terlarang.

“Ayah menggesa pihak KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) serta Kementerian Kesihatan menyiasat sumber penjualan yang hangat di media sosial.


“Ubat ni ada kandungan dadah yang berlebihan dan boleh menyebabkan ketagihan kepada pengguna, sehingga mendatangkan bahaya pada kesihatan,” jelasnya lagi.


Menurut laporan Bernama, Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan telah mengarahkan syarikat Royce Pharma Sdn Bhd menarik balik sirap Paracetamol 120mg/5ml di pasaran, kerana didapati mengandungi alkohol.


Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi itu, Datuk Eisah A Rahman dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu tidak menyatakan pada label dan sisip bungkusan produk mengenai wujudnya alkohol dalam ubat tersebut, maka pihak kementerian telah menerima tawaran syarikat tersebut untuk membekalkan produk itu.


Bagaimanapun, Eisah berkata, produk itu telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), dan didapati mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan.


“Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan dilaporkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.