Followers

Friday, October 9, 2015

Najib Nak Jadi Kawan Baik Amerika.. Kesan Buruk TPPA Tolak Tepi..

Najib tidak kaji implikasi TPPA, dasarnya adalah untuk berkawan dengan Amerika Mahathir kata..





mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempedulikan kepentingan negara, demi mengekalkan persahabatan dengan Amerika Syarikat (AS), melalui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Bekas Perdana Menteri berkata, TPPA hanyalah “alat” untuk AS memasuki pasaran dan menimbulkan “masalah” di mana sahaja mereka pergi.

“Anda lihat ini di Timur Tengah dan tempat-tempat kain. Mereka mahu datang ke Malaysia juga, tetapi ketika pentadbiran saya, saya tolak pendekatan mereka.

“Ketika zaman saya, tumpuan dalam dasar luar adalah untuk mesra dengan semua negara. Tetapi secara khususnya, kami beri tumpuan kepada negara-negara kecil, negara-negara membangun,” katanya dalam satu temu bual dengan The Diplomat, baru-baru ini.

Berhubung keputusan Malaysia untuk menandatangani TPPA, Dr Mahathir berkata, dasar Najib adalah untuk berkawan dengan AS.

“Beliau tidak mengkaji implikasi sepenuhnya. Jika ada sekalipun, dasarnya adalah untuk beramah dengan orang Amerika.

“Jadi, beliau sedia mengetepikan kepentingan negara, demi mahu berkawan dengan Amerika dan menurut idea-idea orang Amerika,” kata Dr Mahathir.

Isnin lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan, Malaysia telah merumuskan rundingan TPPA yang diadakan di AS, tetapi hanya akan menandatangani perjanjian itu, selepas mencapai keputusan kolektif.

Jelasnya, rundingan itu bersetuju untuk mempertimbangkan hampir semua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia, seperti isu pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan Bumiputera.

Mustapa turut memberi jaminan kerajaan akan mengadakan rundingan penuh dengan pihak-pihak berkepentingan serta orang awam.

Ada di kalangan pakar ekonomi yang menyambut baik perjanjian itu, namun berkata, masih banyak persoalan yang belum dijawab, sementara menunggu teks TPPA dimuktamadkan ~ RakyatNews

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.