Followers

Friday, October 23, 2015

Najib hilang kepercayaan rakyat, majoriti dewan – Wan Azizah Oleh: Fiza Halim


KUALA LUMPUR- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak dibuat kerana Perdana Menteri itu kini hilang kepercayaan majoriti rakyat.

Wan Azizah berkata, beliau mempunyai sebab munasabah dan yakin mempunyai sokongan bukan sahaja daripada 88 Ahli Parlimen Pembangkang, tetapi juga bilangan Ahli Parlimen BN.


AzizahKatanya, jumlah itu mencukupi untuk menunjukkan anggota Dewan Rakyat hilang kepercayaan kepada kepimpinan Najib.

Beliau juga menegaskan usul tersebut hanya berkenaan dengan kehilangan kepercayaan terhadap Najib dan bukannya terhadap kerajaan.


“Saya dan ramai lagi tanpa mengira fahaman politik percaya krisis ekonomi, sosial dan politik semakin tenat sedang dihadapi negara ini berpunca dari krisis kepimpinan negara,” katanya semasa sidang media di lobi Parlimen.


Justeru beliau yakin Ahli Parlimen akan mengundi menurut hati nurani dan mesti mengetepikan perbezaan politik serta meletakkan kepentingan negara mengatasi segalanya.


Dalam pada itu, Wan Azizah berkata, tokoh-tokoh tersohor dalam persidangan anti-rasuah antarabangsa (IACC) telah menggesa Najib menjelaskan isu wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akuannya.


“Mereka juga mempersoalkan siapa membayar wang dan siapa dan kemana wang itu pergi? tidak ada penjelasan munasabah yang diberikan.


“Maka, itu tidak memeranjatkan melihat pelabur-pelabur dalam dan luar negara mengeluarkan pelaburan mereka dari negara kita.


“Tinjuan-tinjuan terkini menunjukkan bahawa populariti beliau (Najib) telah menjunam ke tahap paling teruk dalam sejarah, dan beliau ditolak oleh rakyat,” jelasnya.


Wan Azizah hari ini memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Usul itu diperuntukan di bawah perkara 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan Konvensi Parlimen dan Peraturan 26 dan 27 Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.