Followers

Saturday, October 17, 2015

Menteri Diarahkan Jangan Hadir Kenduri Shafie Apdal?







Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menafikan dakwaan ketidakhadirannya dalam majlis kenduri anak lelaki Datuk Seri Shafie Apdal disebabkan arahan pihak tertentu.

Salleh berkata, beliau tidak hadir ke majlis perkahwinan anak naib presiden Umno itu kerana berada di Labuan atas urusan rasmi.

"Tak betul (ada arahan). Saya di Pulau Labuan atas urusan rasmi semalam dan hari ini," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan anak Shafie, Mohd Shazwi dengan Siti Aimira Suhaidi di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, ketidakhadirannyabeberapa pemimpin, terutamanya dari Sabah, negeri Shafie sendiri, menimbulkan spekulasi pelbagai pihak mula menjarakkan diri daripada bekas menteri yang digugurkan itu.

Menurut sumber, sesetengah menteri atau timbalan menteri, memberikan jawapan bahawa mereka tidak dapat hadir, manakala sesetengahnya pula tidak memberikan sebarang pengesahan.

Namun apa yang lebih menarik, ada beberapa menteri yang sudah mengesahkan kehadiran pada peringkat awal, tiba-tiba membatalkannya di saat-saat akhir.

Tanpa mahu membuat tuduhan, sumber memberitahu, kemungkinan ada arahan daripada mana-mana pihak supaya menteri terbabit jangan hadir ke majlis berkenaan.

Selain Salleh, pimpinan Umno Sabah seperti Datuk Abdul Rahman juga tidak hadir.

Tan Sri Muhyiddin Yassin., timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri yang digugurkan bersama Shafie turut memeriahkan majlis.

Malaysiakini sedang menunggu jawapan seorang lagi menteri kabinet yang didakwa mendapat arahan tidak hadir.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.