Followers

Wednesday, October 28, 2015

Kami sudah cukup beradab, Pakatan Harapan jawab Hadi OLEH DIYANA IBRAHIM


Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (tengah) dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (kiri) bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Oktober, 2015.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (tengah) dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (kiri) bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (tengah) dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (kiri) bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Oktober, 2015.
Pakatan Harapan berikrar akan meneruskan protes terhadap Putrajaya dengan mengangkat sepanduk "Mana RM2.6 bilion" sepanjang sidang Parlimen ini, mengatakan tindakan itu sudah cukup beradab.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, Pakatan Harapan tidak melihat protes melalui mengangkat sepanduk atau plakad di dalam Dewan Rakyat sebagai perbuatan tidak beradab dan bersopan seperti dakwaan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita bukannya membaling kasut, kerusi, atau apa pun. Tak seperti di Eropah, mereka baling gas pemedih, sebagai tanda protes.

"Tapi kita mengangkat plakad. Itu sudah cukup beradab. Tidak timbul huru-hara," kata wakil rakyat Parti Amanah Negara (Amanah) itu pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Hadi berkata, tindakan parti pembangkang yang memegang plakad "Mana RM2.6 bilion" selepas Datuk Seri Najib Razak selesai membuat pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat lalu satu perbuatan tidak sopan dan tidak wajar kerana ia hanya dilakukan peserta demonstrasi.

Khalid berkata, protes tersebut bakal diteruskan selagi ia tidak mendapat teguran daripada speaker.

"Protes ini akan berterusan. Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.

"Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke berkata, kenyataan Hadi itu tidak selari dengan tindakan parti Islam itu sendiri sebelum ini.

Wakil rakyat DAP itu berkata, PAS ketika pembentangan bajet tahun lalu, ketika masih berada dalam Pakatan Rakyat, bersama menyokong protes plakad anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kenyataan beliau tidak konsisten. Pada tahun lepas, beliau juga memegang plakad membantah pelaksanaan GST.

"Saya harap, Hadi meskipun tidak bersama dengan kami (Pakatan Harapan), tetapi beliau mestilah konsisten dengan pendirian," katanya.

Sebaliknya, Loke menyifatkan tindakan Pakatan Harapan memegang plakad itu sebagai satu cara yang kreatif dalam menyampaikan mesej.

"Ini adalah cara paling kreatif, bukan tidak beradab. Yang tidak beradab ialah apabila ambil derma, namun tidak dedahkan sumber," kata wakil rakyat DAP itu, menyindir Najib yang menerima wang RM2.6 bilion, dikatakan sumbangan derma, tetapi enggan menjelaskan mengenainya walaupun pelbagai persoalan timbul. – 27 Oktober, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.