Followers

Saturday, October 24, 2015

HIDUP KIAN SUSAH RAKYAT STESS TERTEKAN BERBONDONG SAKIT MENTAL



KEADAAN sekarang di Malaysia ini memang rata2 hidup tertekan.Pemberhentian pekerja MAS sekitar 12,000 orang cukup menyusahkan dan kesan salah tadbir rakyat jadi mangsanya sedang pemimpin kaya macam tauke judi.

Banyak syarikat di Malaysia tutup dan yang baru mahu datang ke Malaysia berfikir ribu kali untuk melabur di Malaysia dan kesannya luang kerja susah dan rakyat siap terus ditekan dan tertekan jadinya.
 
Kesan harga getah menjunam dan harga sawit jatuh, itu jelas menyusahkan pekebun2 kecil di sabah dan ini berpunca bila cina tidak lagi melihat Malaysia dan mereka berpindah ke negara jiran sejak peristiwa MH370.

Kasus minyak dunia turun dan ringgit menjunam jatuh ke gaung, itu satu petaka buat Malaysia yang tidak pernah terfikirkan sebelum ini dan hal2 ini cukup memberi kesan yang mendalam terhadap ekonomi di Malaysia.

Sesudah masalah demi masalah terjadi di bumi Malaysia, lagi ditambah dengan RM42 bilion di 1MDB entah ke mana dan itu tak selesai ditambah lagi dengan kes RM2.6 bilion masuk pula ke akaun PM Najib dan kesannya menambah buruk ekonomi Malaysia kesan kasus kepercayaan.

Untuk selamatkan keadaan maka PM najib terpaksa mencari jalan lain dan jalan itu dengan cara ambil dana dari poket rakyat sendiri atas nama cukai kepala berganda iaitu GST dan dikatakan tahun 2016 kerajaan akan dapat kutip dari poket rakyat sebanyak RM39 bilion.

RM39 bilion? jelas semacam tidak lojik kecuali rakyat Malaysia setiap orang menyumbang RM1,300.
Nah, berdasarkan sekarang ini segala macam harga barangan naik begitu ketara dan sama sekali tidak sesuai dengan kos hidup yang menekan rakyat maka jelas rakyat kian tertekan dan stress tak hairan kalau rakyat Malaysia paling banyak mengalami sakit mental.

Bajet yang dibentangkan oleh Najib hanyalah semacam pujukan untuk rakyat melupakan pelbagai skandal yang Najib lakukan sendiri tetapi kesannya perbelanjaan negara akan lebih terus defisitnya di musim2 mendatang dan usaha tiadakan belanjawaan defisit tahun 2020 itu hanya anganan semata.

Rakyat akan berambah susah kesan BN ajar rakyat seolah mengamal korupsi dan korupsi itu sukar dibendung sebab ianya bermula dari kepimpinan atasan UMNO sendiri.

Malaysia hanya akan berubah jika BN tersungkur sebab itu saja caranya menghapus budaya KORUP yang berakar umbi sejak dulu yang kesannya bukan membaik tetapi memburuk.


ISMAILY BUNGSU
sabah
24/10/2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.