Followers

Sunday, October 4, 2015

Dr Mahathir dakwa Najib tidak berundur kerana takut dipenjara OLEH MD IZWAN


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur maka kuasanya juga hilang, menyebabkan perdana menteri berjuang habis-habisan mempertahankan kuasanya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur maka kuasanya juga hilang, menyebabkan perdana menteri berjuang habis-habisan mempertahankan kuasanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak enggan berundur sebagai perdana menteri kerana bimbang akan dipenjara disebabkan terpalit dengan banyak skandal.

Dr Mahathir berkata, jika Najib berundur maka kuasanya juga hilang, menyebabkan perdana menteri berjuang habis-habisan mempertahankan kuasanya.

"Kalau dia (Najib) undur, dia tidak ada kuasa, kemudian bila siasatan dibuat dia akan ke penjara.

"Dia tidak berani undur kerana takut ke penjara," kata bekas perdana menteri itu semasa sesi dialog "Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa" di Hotel De Palma, Ampang hari ini.

Dr Mahathir juga membuat perbandingan semasa pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi di mana bekas perdana menteri itu secara sukarela pada 2009 kerana mengetahui tidak akan berdepan dengan risiko disumbat ke dalam penjara.

"Tidak seperti Pak Lah, dia tidak takut (letak jawatan) kerana tidak ada salah dia lakukan," kata Dr Mahathir lagi.

Dr Mahathir meneruskan serangan ke atas Najib membabitkan isu derma RM2.6 bilion serta mencabar untuk Najib menjelaskan mengenai skandal tersebut.

"Tiada manusia akan beri RM2.6 bilion kerana sayang nak dia (Najib) menang. Siapa dia, kalau ada orang macam itu saya pun nak kenal juga.

"Orang mana yang derma, kita pun nak jumpa mana tahu dia nak derma kepada orang lain juga," katanya,

Dr Mahathir juga mengulangi gesaannya supaya Najib disingkirkan tetapi mengekalkan Umno sebagai pemerintah, khususnya dengan memastikan beliau kalah di Parlimen Pekan.

"Kita nak kalahkan hanya Najib, di Pekan kita pastikan dia kalah," katanya. – 3 Oktober, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.