Jitra: Sepasang remaja yang bermadu asmara tergamam apabila ditangkap berkhalwat dalam keadaan separuh bogel (termasuk dalam kategori bogel) di sebuah motel di Changlun, beberapa hari lalu.
Malah, remaja lelaki berusia 19 tahun itu sanggup meminjam kereta bapanya untuk keluar bersama kekasihnya, 19, sebelum menginap di hotel untuk melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun, tindakan mereka itu mengundang padah apabila dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) jam 2.50 petang.
Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di motel itu dan bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.
Menurutnya, pasukannya kemudian membuat pemeriksaan di sebuah bilik yang disyaki disewa pasangan terbabit yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis. (hmetro)
Soalnya sekarang, siapa yang bersalah? Weblog ini sentiasa diserang kerana mengaitkan setiap perlakuan buruk dengan UMNO/BN. Mengapa dikaitkan dengan UMNO/BN?
Pertama:
Kerana dasar kerajaan Malaysia gagal menekankan perlaksanaan cara hidup
Islam yang syumul, kerana perlembagaan negara ini bukan berdasarkan
Islam.. Yang sepatutnya mementingkan moral dan agama. Pentarbiahan dalam segenap bidang, pendidikan, penerangan, belia dan lain-lain.
Kedua:
Media kerajaan dan yang di bawah naungan kerajaan seperti akhbar, tv
dan lain-lain berterusan menyuburkan dasar anti Islam seperti pergaulan
bebas lelaki perempuan tanpa batas dan hijab. Bahkan pemimpin-pemimpin
kerajaan UMNO/BN pun tidak menunjukkan contoh yang baik. Lihat saja
aurat keluarga-keluarga menteri.
Ketiga:
Difahamkan BN menggunakan jentera kerajaan seperti polis dan pemimpin
UMNO menaungi kegiatan penyebaran video-video lucah, maksiat dan
judi...
Dan banyak lagi.. Jelasnya secara langsung atau tidak langsung, memang UMNO terlibat dan bertanggung jawab dalam kepincangan masyarakat seperti seperti yang ada sekarang. Lihatlah bagaimana pentadbiran Nabi SAW dan Khalifah-khalifah Islam terdahulu sebagai panduan. (IH)
Dan banyak lagi.. Jelasnya secara langsung atau tidak langsung, memang UMNO terlibat dan bertanggung jawab dalam kepincangan masyarakat seperti seperti yang ada sekarang. Lihatlah bagaimana pentadbiran Nabi SAW dan Khalifah-khalifah Islam terdahulu sebagai panduan. (IH)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.