Followers

Friday, October 16, 2015

Beli sahaja syarikat konsesi untuk elak kenaikan tol


Daripada membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya bagi mengekalkan kadar tol yang rendah, kerajaan sebaliknya harus mempertimbangkan untuk membeli syarikat-syarikat tertentu.

Mengulas mengenai kenaikan kadar tol yang diumumkan minggu ini, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata sebagai contohnya, kenaikan itu boleh dielakkan di Lebuh Raya 11.5km Cheras-Kajang.

"Daripada membenarkan kenaikan kadar tol, kerajaan kita hanya perlu memperoleh Cerah Sama Sdn Bhd, yang memiliki Grand Saga Sdn Bhd, pemegang konsesi itu," kata Teo dalam satu kenyataan hari ini.

Kerana kerajaan sudah memiliki 49 peratus kepentingan dalam syarikat itu, katanya, maka ia hanya perlu membeli baki 51 peratus pada sekitar RM120 juta.

Katanya, RM120 juta bukan satu jumlah yang kecil, namum jumlah itu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan pampasan yang dibayar oleh kerajaan BN kepada pemegang konsesi.

Ekoran bantahan terhadap kenaikan kadar tol itu, kerajaan menjelaskan ia tidak dapat dielakkan kerana kos pampasan kepada syarikat konsesi.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.