Followers

Monday, October 26, 2015

Bapa mangsa culik keluar notis di akhbar bersihkan nama pemandu teksi



KUALA LUMPUR: Susulan kes penculikan seorang kanak-kanak di Kajang awal bulan ini, keluarga mangsa tampil membuat penjelasan bagi membersihkan nama pemandu teksi yang telah bertindak menghantar kanak-kanak itu pulang dengan selamat.

Bapa kanak-kanak itu, Lee Kim Wen, mengeluarkan notis di hampir kesemua akhbar harian pada Sabtu demi memulihkan imej pemandu teksi berkenaan yang dikatakan tercalar selepas dia turut sama ditahan bersama tiga suspek kes tersebut.


Notis di salah sebuah akhbar harian bertarikh 24 Oktober 2015.
 
Melalui notis itu, Lee memberitahu, dia dan keluarganya yakin pemandu teksi itu, Hanizan Mohd Radzi, tidak terbabit dengan kes penculikan berkenaan.

Malah mereka sekeluarga sangat berterima kasih di atas kesanggupan Hanizan membantu mengembalikan kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga.

Mereka juga kesal kerana bantuan yang diberikan Hanizan telah disalah anggap dan berharap penjelasan yang dipaparkan di dada-dada akhbar ini akan dapat mengembalikan keadilan kepada Hanizan dan keluarga.

Pada 9 Oktober lalu, Li Zhi Yang, 5 tahun, telah dilarikan dua lelaki di hadapan sebuah tadika ketika ibunya sedang memberikan tunjuk arah kepada dua suspek berkenaan.

Insiden tersebut menjadi viral setelah rakaman CCTV kejadian tersebut dipaparkan di media sosial.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.