Followers

Friday, October 16, 2015

Anwar gembira Saifuddin sertai PKR, kata isteri - Anne Muhammad


Walaupun sakit, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa gembira apabila dimaklumkan bahawa bekas anggota majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyertai parti itu.

Berita itu dikongsikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur ketika Anwar memberi kenyataan berhubung permohonan dalam rayuan kes qazafnya.

"Anwar kurang sihat sikit tapi dia nampak gembira apabila mengetahui (Datuk) Saifuddin Abdullah menyertai PKR hari ini.

"Anwar harap lebih ramai lagi yang akan menyertai PKR," katanya.

Azizah berkata, Anwar melihat penyertaan Saifuddin bersama PKR dilihat sebagai suntikan semangat baru bagi parti itu.

Anwar semakin kurus

Ditanya mengenai tahap kesihatan Anwar, Azizah berkata, suaminya semakin kurus dan berharap agar beliau diberikan rawatan kesihatan yang sewajarnya.

“Walaupun nampak sakit sedikit (hari ini) dia makan ‘pain killer’,” katanya.

Saifuddin pada pilihan raya umum 2013 tewas di tangan calon PAS Nasruddin Hasan di Temerloh.
Beliau pernah diuar-uarkan akan menyertai Parti Amanah Nasional (AMANAH), parti serpihan PAS.

Saifuddin juga terkenal dengan kelantangan melawan arus dalam Umno. Terakhir, beliau tampil pada mesyuarat pembentukan gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan.

Tindakan itu menyaksikan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Umno.


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.