Followers

Thursday, October 29, 2015

Almarhum TG Nik Aiz TOLAK KERAJAAN PERPADUAN


Teringat AL-MARHUM Tuan Guru Nik Aziz Rahimahullah sering berpesan di akhir2 hayatnya:-
"Tatkala Rasulullah menangkap Abu Azzah al Jumahi dia berkata: 

“Wahai muhammad lepaskanlah aku, bebaskan aku dan biarkan aku mengurusi anak-anak perempuanku, aku berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. 

Maka Rasulullah menjawabnya: “Kau tidak akan mengusap kedua pipimu lagi di Mekkah setelah ini, kau telah menipu Muhamad dua kali. Dan seorang mukmin tidak akan terjatuh dalam lubang yang sama dua kali”.Kemudian beliau memerintahkan Zubair atau ‘Ashim untuk memenggal kepalanya. 

ﺷﺮﻭﺡ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﺷﺮﺡ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ ﻋﻠﻰ ﻣﺴﻠﻢ ﻳﺤﻴﻲ ﺑﻦ ﺷﺮﻑ ﺃﺑﻮ ﺯﻛﺮﻳﺎ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ
ﺑﺎﺏ ﻻ ﻳﻠﺪﻍ ﺍﻟﻤﺆﻣﻦ ﻣﻦ ﺟﺤﺮ ﻣﺮﺗﻴﻦ
ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻗﺘﻴﺒﺔ ﺑﻦ ﺳﻌﻴﺪ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻟﻴﺚ ﻋﻦ ﻋﻘﻴﻞ ﻋﻦ ﺍﻟﺰﻫﺮﻱ ﻋﻦ ﺍﺑﻦﺍﻟﻤﺴﻴﺐ ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ ﻻ ﻳﻠﺪﻍﺍﻟﻤﺆﻣﻦ ﻣﻦ ﺟﺤﺮ ﻭﺍﺣﺪ ﻣﺮﺗﻴﻦ ﻭﺣﺪﺛﻨﻴﻪ ﺃﺑﻮ ﺍﻟﻄﺎﻫﺮ ﻭﺣﺮﻣﻠﺔ ﺑﻦ ﻳﺤﻴﻰ ﻗﺎﻻﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺍﺑﻦ ﻭﻫﺐ ﻋﻦ ﻳﻮﻧﺲ ﺡ ﻭﺣﺪﺛﻨﻲ ﺯﻫﻴﺮ ﺑﻦ ﺣﺮﺏ ﻭﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﺎﺗﻢﻗﺎﻻ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻳﻌﻘﻮﺏ ﺑﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺍﺑﻦ ﺃﺧﻲ ﺍﺑﻦ ﺷﻬﺎﺏ ﻋﻦ ﻋﻤﻪ ﻋﻦﺍﺑﻦ ﺍﻟﻤﺴﻴﺐ ﻋﻦ ﺃﺑﻲ ﻫﺮﻳﺮﺓ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺑﻤﺜﻠﻪ

Berkata Al- Khatabi, “ ( لايلدغالمؤمنمنحجرمرتين) seorang mukmin tidak akan jatuh pada lubang yang sama dua kali, secara lafadz ungkapan di atas adalah sebuah khabar tetapi maknanya adalah perintah. Iaitu agar setiap mukmin sentiasa berwaspada dan tidak lalai hingga tertipu berkali-kali.” dan Abu Ubaid berkata: “Makna dari hadis di atas adalah tidak layak seorang mukmin apabila dilukai dari satu sisi kemudian ia kembali padanya".

Agama kita melarang kita menjadi bodoh dan mudah tertipu serta wajib bagi kita sentiasa sedar dan berwaspada. Maka apabila seseorang mukmin tersengat binatang dalam satu lubang untuk kali pertama maka ini adalah satu kelalaian. Namun jika dia kembali memasukkan tangannya ke dalam lubang tersebut maka itu adalah dungu dan tolol serta BAHLOL

Wallahu a’lam MASYAALLAH WA ASTAGHFIRULLAHAL AZIM. HEBAT PEGANGAN TOK GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.