
JITRA - Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.45 malam tadi.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, berkata,
Allahyarhamah menghembus nafasnya yang terakhir di Wad Unit Rawatan Rapi
(ICU), Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar.
Semasa hayatnya, Hatijah adalah Pengerusi Global Ikhwan Sdn Bhd GISB dilaporkan meninggal dunia akibat serangan stroke.
Beliau yang menerima rawatan di KMC sejak 16 Oktober lalu dijangka
disembahyangkan esok di Masjid Mustaqim, Bandar Darulaman, di sini,
sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Putat,
Batu 20, Jalan Kodiang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.