Followers

Sunday, October 18, 2015

Ahli Parlimen pembangkang 'b.o.d.o.h' kata Nazri

Tindakan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang berterusan menggesa agar undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri disifatkan sebagai perbuatan bodoh.

Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mempertikaikan tindak tanduk segelintir dari mereka yang masih tidak faham mengenai urusan aturan mesyuarat di Parlimen.

“Banyak ahli Politik bodoh, nak berpolitik tapi urusan Parlimen tidak faham. Saya sebut ya, bodoh. Kalau tidak reti, eja b.o.d.o.h.

“Ia termasuk sesetengah veteran yang sudah lama jadi Ahli Parlimen tetapi, masih tidak faham lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, usul undi tidak percaya juga tidak wujud dalam sistem Parlimen di negara ini.

“Banyak kali saya sebut, lebih 14 tahun saya jadi menteri dan lima tahun sebagai menteri yang menguruskan tatacara di Parlimen, tidak wujud mengenai usul undi tidak percaya.

“Malah, tidak ada satu peruntukan khusus untuk sebarang undi tidak percaya kepada Perdana Menteri atau mana-mana Ahli Parlimen,” Katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara Tourism Hunt pada Ahad.

Pada masa sama, Nazri turut menjelaskan bahawa usul undi tidak percaya memang tidak wujud, namun, ia tetap boleh dilakukan tetapi dengan cara tidak langsung.

“Sebagai contoh, di dalam Pembentangan Bajet 2016, atau mana-mana Rang Undang-Undang (RUU), kerajaan telah ditolak dan itu secara tidak langsung boleh dibaca sebagai undi tak percaya

“Sebab, sepatutnya kerajaan tidak akan kalah kerana kita ada majoriti,” ujarnya lapor Free Malaysia Today

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.