Followers

Wednesday, September 9, 2015

Zahid tidak halang ahli Umno sertai perhimpunan ‘baju merah’ OLEH YASMIN RAMLAN


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perhimpunan 16 September, yang dinamakan 'Himpunan Rakyat Bersatu'. – .

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perhimpunan 16 September, yang dinamakan 'Himpunan Rakyat Bersatu'. –

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menghalang ahli parti Melayu itu untuk menyertai perhimpunan kumpulan "baju merah" yang bakal berlangsung pada 16 Sepetember ini.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat ahli Umno tersebut yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Beliau juga tidak menyangkal Umno turut dijemput untuk menyertainya.

"Ianya dianjurkan oleh pihak NGO, NGO itu akan turut jemput Umno.

"Saya fikir itu hak individu kepada ahli Umno berkenaan," katanya semasa sidang media di Perdana Putra hari ini.

Menteri dalam negeri itu juga berkata beliau akan menyerahkan seratus-peratus kepada polis untuk mengambil tindakan berhubung perhimpunan yang dinamakan "Himpunan Rakyat Bersatu" itu.

"Kita akan serahkan 100% kepada pihak polis untuk ambil tindakan, termasuk untuk memberi permit, dan juga menjalankan operasi penguatkuasaan jika permit diberi," katanya.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota.

Bagaimanapun pengkritik melihat himpunan itu bakal menimbulkan kekecohan disebabkan lokasi dan slogan berbaur provokasi perkauman.

“Himpunan Rakyat Bersatu” dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling. – 8 September, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.