Followers

Friday, September 25, 2015

YB TONY PHUA DIHALANG MASUK SARAWAK !!

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dihalang masuk ke Sarawak kerana beberapa sebab termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor akhbar. – Gambar fail The Malaysian Insider, September 25, 2015.

Tony Pua dihalang masuk Sarawak kerana isu 1MDB, lapor Utusan

Published: 25 September 2015.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dihalang masuk ke Sarawak kerana beberapa sebab termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor akhbar.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dihalang masuk ke Sarawak kerana beberapa sebab termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor akhbar.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dihalang masuk ke Sarawak kerana beberapa sebab termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Utusan Malaysia.

Sumber pentadbiran negeri Sarawak memberitahu akhbar milik Umno itu, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu kini disenarai hitam daripada memasuki negeri itu.

Sumber memberitahu Utusan, oleh kerana nama Pua disenarai hitamkan, maka beliau diarahkan meninggalkan Sarawak menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Miri pada 4.20 petang pada Rabu, sebaik sahaja dikesan memasuki negeri itu.

"Memang sebelum ini Tony dibenarkan masuk Sarawak tetapi namanya disenarai hitamkan baru-baru ini ekoran beberapa sebab termasuk tuduhan yang dilemparkannya terhadap 1MDB," kata sumber itu kepada Utusan.

Pada 2.30 petang pada Rabu, semasa makan tengahari bersama Ahli Parlimen Piasau Alan Ling di sebuah restoran, lima pegawai imigresen mengambil Pua untuk dibawa ke Lapangan Terbang Miri dan diarahkan menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur jam 4.20 petang.

Pada sidang media di restoran berkenaan, Pua memberitahu tujuan beliau ke Sarawak adalah untuk menghadiri satu majlis anjuran DAP di Kampung Pasir Lutong, Miri.

Katanya, beliau kecewa dengan tindakan kerajaan negeri menghalangnya memasuki Sarawak kerana mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan.

Mengulas lanjut, sumber berkata kepada Utusan adalah menjadi hak kerajaan negeri untuk tidak membenarkan golongan pelampau agama dan politik rasis memasuki Sarawak bagi memastikan elemen negatif itu tidak menjejaskan keharmonian di Bumi Kenyalang.

Selain Pua, antara individu yang disenarai hitamkan memasuki negeri itu ialah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok; Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan beberapa lagi pimpinan pembangkang lain. – 25 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.