Followers

Monday, September 21, 2015

Walaupun PAS enggan, Wan Azizah mahu semua sertai blok pembangkang OLEH RAM ANAND


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua diperlukan untuk menyertai blok pembangkang dengan mengatakan mereka tidak harus 'terbahagi'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua diperlukan untuk menyertai blok pembangkang dengan mengatakan mereka tidak harus 'terbahagi'.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua diperlukan untuk menyertai blok pembangkang dengan mengatakan mereka tidak harus 'terbahagi'.

Walaupun PAS mengatakan ia tidak akan menyertai perbincangan meja bulat baru yang dimulakan PKR bagi membincangkan penubuhan gabungan pembangkang baharu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan "semua orang" diperlukan bersama dalam blok baru itu.

PAS dilaporkan berkata ia tidak akan menghadiri mesyuarat meja bulat Selasa ini, yang akan dihadiri PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun Amanah ditubuhkan bekas ahli PAS yang menjejaskan sokongan asas kepada parti Islam itu, Dr Wan Azizah berkata, PAS masih diperlukan untuk mencukupkan bilangan mereka bagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

"Sistem kita adalah 'first past the post'. Kita perlukan semua orang untuk bersama atas satu platform yang sama," katanya kepada pemberita selepas forum mengenai kerajaan campuran di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua pembangkang itu berkata, blok pembangkang tidak harus "terbahagi".

"Jika kita bersama, maka majoriti boleh menang," katanya.

Beliau juga berkata, pintu masih terbuka kepada PAS untuk menghadiri perbincangan itu.

"Kami sudah hulurkan jemputan dan ia masih terbuka, " katanya.

Sementara itu, dalam ucaptama ketika merasmikan forum itu, Dr Wan Azizah berkata, hasil rundingan meja bulat itu ketika ini masih lagi tergantung.

"Ia akan menjadi detik penentuan, sama ada pembangkang persekutuan akan menjadi satu blok, satu gabungan atau hanya sebuah pembangkang yang berpecah," katanya. – 20 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Walaupun PAS enggan, Wan Azizah mahu semua sertai blok pembangkang

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua diperlukan untuk menyertai blok pembangkang dengan mengatakan mereka tidak harus 'terbahagi'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua diperlukan untuk menyertai blok pembangkang dengan mengatakan mereka tidak harus 'terbahagi'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015.
Walaupun PAS mengatakan ia tidak akan menyertai perbincangan meja bulat baru yang dimulakan PKR bagi membincangkan penubuhan gabungan pembangkang baharu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan "semua orang" diperlukan bersama dalam blok baru itu. PAS dilaporkan berkata ia tidak akan menghadiri mesyuarat meja bulat Selasa ini, yang akan dihadiri PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Walaupun Amanah ditubuhkan bekas ahli PAS yang menjejaskan sokongan asas kepada parti Islam itu, Dr Wan Azizah berkata, PAS masih diperlukan untuk mencukupkan bilangan mereka bagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

"Sistem kita adalah 'first past the post'. Kita perlukan semua orang untuk bersama atas satu platform yang sama," katanya kepada pemberita selepas forum mengenai kerajaan campuran di Kuala Lumpur hari ini. Ketua pembangkang itu berkata, blok pembangkang tidak harus "terbahagi".
"Jika kita bersama, maka majoriti boleh menang," katanya.
Beliau juga berkata, pintu masih terbuka kepada PAS untuk menghadiri perbincangan itu.
"Kami sudah hulurkan jemputan dan ia masih terbuka, " katanya.
Sementara itu, dalam ucaptama ketika merasmikan forum itu, Dr Wan Azizah berkata, hasil rundingan meja bulat itu ketika ini masih lagi tergantung.
"Ia akan menjadi detik penentuan, sama ada pembangkang persekutuan akan menjadi satu blok, satu gabungan atau hanya sebuah pembangkang yang berpecah," katanya. – 20 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/walaupun-pas-enggan-wan-azizah-mahu-semua-sertai-blok-pembangkang#sthash.tw0CY4uk.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.