Followers

Friday, September 18, 2015

VIDEO - Yang bermasalah & punca segala masalah ia lah NAJIB, BUKAN CINA Oleh Shahbudin Husin




Yang bermasalah & punca segala masalah ia lah NAJIB, BUKAN CINAApakah sebetulnya masalah sebenar dalam negara kita sekarang ini?

Satu-satunya sebab himpunan baju merah diadakan ialah untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak yang sedang bermasalah. 

Tidak perlu dihuraikan lagi apa sebenarnya masalah Najib sejak dulu hingga kini kerana seluruh dunia sudah memperkatakannya.

Masalah Najib tidak saja ditulis di media-media antarabangsa dan diterbitkan dalam bentuk rencana video untuk siaran televisyen, tetapi juga sudah menjadi fokus utama forum di peringkat antarabangsa.

Daripada UMNO jadi bergolak sekarang dan kemudian muncul pelbagai himpunan untuk menyatakan sokongan terhadapnya, kini masalah Najib sudah bertukar menjadi beban kepada negara pula.

Hanya kerana ingin mempertahankan Najib, hubungan kaum sudah jadi retak dan tidak seharmoni dulu lagi. Semuanya kerana perhimpunan baju merah yang bercorak perkauman dan menghina kaum lain telah dibenarkan berlaku seolah-olah penolakan terhadap Najib adalah berasaskan kehendak satu-satu kaum saja.

Hello...sedarlah bahawa orangramai menolak dan ingin menyingkirkan Najib bukan kerana bangsa dan keturunannya, tetapi disebabkan perangai dan kepimpinannya yang tidak boleh diterima lagi.

yy

 DENGAR PENJELASAN DATO THAMRIN TUN GHAFAR

Daripada 2009 sehinggalah sekarang, melalui satu demi satu masalah yang timbul, tiada sedikit habuk pun kebencian dan rasa menyampah rakyat terhadap Najib berpunca daripada kedudukannya sebagai seorang yang berbangsa Melayu.

Lihatlah kembali satu demi satu masalah yang timbul berkaitan Najib, adakah disebabkan darah Melayunya atau onar kepimpinannya?

Jadi, apa kena mengena dengan maruah Melayu, Melayu bangkit, melakukan keganasan dan kemudian ingin hak memiliki tapak berniaga di Jalan Petaling diselitkan dalam himpunan baju merah yang pada asasnya hanya untuk mempertahankan Najib?

Kenapa baru sekarang tapak berniaga di Jalan Petaling hendak dihebohkan?

Siapa yang jadi kerajaan dan agensi mana yang mengeluarkan lesen perniagaan di Jalan Petaling itu?

Jangan lupa juga tanya dengan Najib, sejak menjadi Perdana Menteri, kenapa Jalan Petaling antara tempat yang paling kerap dilawatinya?

Selain itu, bukankah kawasan perniagaan Cina itu sudah lama muncul dan ada di seluruh dunia pun? Kenapa hanya di ketika Najib hampir lemas sekarang baru tuntutan mahu meniaga di Jalan Petaling ini digegak-gempitakan dan tidak sejak dulu lagi?

rr
Tetapi dengan berlakunya himpunan baju merah dan keganasan yang dicetuskan di Jalan Petaling, keharmonian kaum dalam negara kita boleh dikatakan sudah hancur dan musnah. 

Ia menjadi lebih buruk kerana di sebalik semua kemusnahan itu tersembunyi segala isu berkaitan Najib di dalamnya.

Jika bukan Najib sebagai Perdana Menteri, tiada pembaziran, tiada kemewahan, tiada karenah isterinya yang berlebih-lebihan, tiada skandal 1MDB dan tiada derma RM2,600 juta yang sehingga kini tidak mampu dijelaskannya, mungkin semua yang berlaku sekarang tidak terjadi di depan mata kita.

Bersih 4 jelas tidak bercorak perkauman dan semua bangsa kelihatan menghadirinya. 

Tuntutannya juga untuk kepentingan semua kaum, tetapi kenapakah reaksi balasnya melalui himpunan baju merah dialihkan kepada Melayu bangkit, maruah Melayu, Melayu tercabar dan sebagainya?

Orang Melayu juga ramai yang mahukan Najib berundur. 

Orang Cina menolak Najib kerana mahu menggantikannya dengan pemimpin Melayu yang lain dan orang Melayu juga menolak Najib kerana inginkan tokoh Melayu lain menggantikannya.

Pernahkah kita dengar jika Najib disingkirkan, pemimpin Cina sebagai gantinya?
Maka, di mana rasisnya menolak dan menyingkirkan Najib itu?
qq
Himpunan baju merah pada asasnya tidak dapat disembunyikan daripada hakikat untuk menunjukkan sokongan dan mempertahankan Najib Razak semata-mata tetapi telah ditukar corak menjadi perkauman dan Kemelayuan dengan harapan semua Melayu terkaut sama dengannya.

Cubalah dengar apa kata penganjur dan semua pemimpin yang berucap di pentas Padang Merbok tempohari. 

Semuanya memuji Najib dan mempertahankan seolah-olah beliau masih kuat sokongannya sehingga sesiapa yang memakai pakaian merah pada hari tersebut juga diangggap menyokong Perdana Menteri.

Melayu sebenarnya tiada masalah dengan orang Cina dan begitulah juga sebaliknya. Semua kita saling memerlukan antara satu sama lain sejak dulu lagi. Kita tidak boleh hidup sendirian dan kemajuan seperti sekarang juga tidak mungkin dapat dicapai melalui usaha satu-satu kaum saja.

Peserta himpunan baju merah sendiri bukan saja memerlukan kaum Cina sebagai rakan kongsi, malah menempah baju T, membeli garam, kicap, pisau cukup untuk kegunaan seharian juga mungkin di kedai orang Cina.
Masalah kita dan punca segala masalah kita sebenarnya ialah Najib. Masalah kita tidak sesekali orang Cina dan bukan juga ada kena mengena dengan maruah bangsa kita sendiri.
Buang dan singkirkan punca masalah ini, selesailah semuanya. Tak perlu kalut-kalut dengan ancaman Cina, Melayu bangkit, maruah Melayu, mahukan tapak berniaga di Jalan Petaling dan sebagainya.-BlogSpot

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.