Followers

Sunday, September 13, 2015

VIDEO ALTANTUYA: Mary Ann belum dihubungi PDRM


Zar Ali's photo. Wartawan Al Jazeera yang diusir kerana membuat laporan mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu berkata, dia belum dihubungi polis negara ini.

Justeru, kata Mary Ann Jolley kepada Malaysiakini, dia tidak dapat membuat kenyataan lanjut mengenai perkara itu.

Mary Ann adalah wartawan stesen Al Jazeera yang berada di Malaysia untuk menyiapkan program 101 East berjudul Murder in Malaysia.

Dia datang kali kedua ke negara ini tetapi dihantar pulang ke Australia Jun lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berjanji untuk melakukan siasatan terhadap Mary Ann susulan laporan Murder in Malaysia di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan dengan niat menyebabkan atau mungkin menyebabkan rasa takut di kalangan orang ramai.

Laporan berbentuk dokumentari selama 30 minit mengenai pembunuhan mengerikan Altantuya itu disiarkan semalam.

Sebelum ini, kes tersebut telah dibicarakan semula dan dua pengawal peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disabitkan kesalahan dengan pembunuhan itu.

Tertuduh, Azilah Hadri kini sedang menunggu hukuman mati dijalankan, manakala Sirul Azhar Umar melarikan diri ke Australia.-Malaysiakini



Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.