Followers

Tuesday, September 22, 2015

Veteran Umno Gesa Polis Segera Tangkap Mahathir ?

Siasat Khairuddin bekerja untuk siapa.




Mustapha Yaakub

SHAH ALAM - Veteran Umno kesal dengan tindakan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di negara ini yang sanggup menjadi perantara menguruskan pertemuan bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam usahanya  untuk meminta negara itu campur tangan dalam kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, dengan tindakan itu kini, jelaslah isu 1MDB selama ini adalah ciptaan kuasa luar dalam usaha untuk menjatuh kuasa Melayu di negara ini.

"Veteran Umno ingin pihak polis menyiasat untuk siapa Khairuddin dan peguamnya  Mathias Chang  bekerja untuk membuat laporan polis dan merancang untuk berjumpa FBI?

"Apakah kaitan misi Khairuddin dan Mathias Chang  itu dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad  yang mengatakan Najib mungkin ditangkap sekiranya keluar negara?

"Apakah Mahathir  dibelakang segala usaha itu? Kalau benar maka kenapa hanya Khairuddin ditangkap?

"Kalau perlakuan Khairuddin dianggap membahayakan negara, maka apakah orang di belakang Khairuddin tidak bahaya?" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu Mahathir dalam satu kenyataan semalam berkata, ‎sekiranya Najib didapati terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram beliau mungkin akan ditangkap dan didakwa mengikut undang-undang negara lain.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata pihaknya berharap agar pihak polis melakukan siasatan segera berkenaan isu tersebut.

"Veteran mahu supaya polis menjalankan siasatan yang rapi dan mendesak supaya sesiapa saja yang terlibat dengan perancangan menjatuhkan kerajaan yang sah ini ditangkap dan dihukum," katanya.

- sinarharian


.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.