Followers

Tuesday, September 22, 2015

NAJIB RAZAK SEDANG BERHADAPAN SIASATAN RASUAH DI AMERIKA SYARIKAT- SEPERTI DI LAPORKAN AKHBAR UTAMANYA (NYT) ...


Badan kehakiman Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas pembelian hartanah di sana oleh anak tirinya Riza Aziz dan ahli perniagaan Low Taek Jho, lapor The New York Times (NYT) hari ini.

Sebuah unit di Jabatan Kehakiman AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa sedang menjalankan siasatan itu, lapor NYT memetik sumber tanpa nama.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian hartanah di AS sejak beberapa tahun kebelakangan dilakukan “syarikat bayangan”.

NYT melaporkan pada Februari mengenai pembelian ini yang menggunakan “syarikat bayangan” daripada pelbagai tokoh antarabangsa, termasuk Riza dan Low, juga dikenali sebagai Jho Low.

NYT juga melaporkan selain pembelian hartanah, siasatan rasuah itu juga akan melihat dakwaan AS$681 juta yang merupakan sebahagian daripada RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib - pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dan kemudiannya disahkan pihak berkuasa anti-rasuah Malaysia sebagai "derma politik".

Pemindahan dana adalah di bawah bidang kuasa AS kerana ia melalui bank Amerika Wells Fargo, kata akhbar itu.

Dalam laporan NYT pada Februari, akhbar berpengaruh itu mendapati hartanah mewah bernilai lebih RM150 juta dikesan mempunyai kaitan sama ada dengan Low atau Riza.

Ini termasuk "penthouse" bernilai AS$30.55 juta di Time Warner Centre di Manhattan, rumah di Hollywood bernilai AS$39 juta, Hotel L'Ermitage di Beverly Hills dan sebahagian Hotel Park Lane di New York.

Ia juga mengesan sebuah kondominium bernilai AS$33.5 di Laurel Park, Manhattan, di samping hartanah lain di Los Angeles yang turut melibatkan Riza, melalui pelbagai “syarikat bayangan”.

Laporan NYT juga menyebut, bekas eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan menandatangani pembelian kondominium AS$4.5 juta yang dibeli “syarikat bayangan” dikenali sebagai Cricklewood One Madison LLC, tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.