Followers

Wednesday, September 16, 2015

Utusan gagal masukkan sabitan Anwar dalam kenyataan pembelaan


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak dalam kamar hari ini dan memerintahkan Utusan membayar RM8,000 untuk kos kepada bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak dalam kamar hari ini dan memerintahkan Utusan membayar RM8,000 untuk kos kepada bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak gagal buat kali ke-2 dalam permohonan untuk memasukkan sabitan Sodomi II Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan pembelaan mereka terhadap saman malu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan mereka dalam kamar hari ini dan memerintahkan Utusan membayar RM8,000 untuk kos kepada bekas pemimpin pembangkang itu.

Peguam Shahid Adli Kamarudin, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita permohonan itu ditolak atas alasan Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 55 Akta Keterangan 1950 melarang penggunaan sabitan lalu untuk menggambarkan keperibadian buruk.

Pada 4 September, Utusan dan Abdul Aziz gagal dalam rayuan tersebut di Mahkamah Rayuan.

Anwar, 68, menyaman Utusan dan Abdul Aziz berhubung 2 artikel mengenai beliau yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 17 Januari 2012, berhubung interbiunya (Anwar) dengan BBC mengenai undang-undang homoseksual.

Mahkamah Tinggi pada 21 Januari 2013, membenarkan saman sivil Anwar dan mengarahkan ganti rugi dinilai.


Mahkamah Rayuan pada Januari tahun lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Utusan dan Abdul Aziz memohon meminda kenyataan pembelaan mereka pada 2 Julai tahun lepas untuk memasukkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun itu, yang mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar.

Mereka juga mahu memasukkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun ini yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.

Penilaian ganti rugi dalam kes itu dijadual didengar pada 6 Oktober. – Bernama, 15 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.