Followers

Friday, September 18, 2015

TOLAK PERBINCANGAN "MEJA BULAT" DENGAN PAS !

 
PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat parti, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 September, 2015.
 
PAS tolak kerjasama dengan Amanah kerana mereka ‘pengkhianat’, kata Hadi

Published: 18 September 2015.

PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat parti, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PAS tidak akan bekerjasama dengan pengkhianat parti, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana "pengkhianatan", kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menyifatkan perbuatan Amanah mengkhianati perjuangan mereka, presiden PAS itu berkata pengkhianat parti lebih teruk daripada musuh.

Hadi berkata, PAS sedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak akan melakukan perkara sama terhadap pengkhianat parti.

"Orang yang khianat pada perjuangan tiada pilihan sama ada dia balik atau dihapuskan, dia bertaubat.

"Ini cara perjuangan Islam, tak boleh orang yang ada rekod khianat perjuangan, tak boleh sama sekali," katanya melalui rakaman video yang dikongsi melalui laman Facebook PAS.

Rakaman video tersebut merupakan sedutan sesi soal jawab antara Hadi dan peserta program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Machang di Rusila, Terengganu pada 3 September lalu.

Dengan penegasan Hadi, terdapat kemungkinan PAS tidak akan menyertai pakatan pembangkang baharu yang bakal dianggotai Amanah, PKR dan DAP.

Beberapa pemimpin pembangkang kini sedang berusaha membawa masuk PAS ke dalam pakatan pembangkang baharu yang bakal dibentuk terutama bagi memastikan tiada pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya umum akan datang. – 18 September, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.