Followers

Tuesday, September 1, 2015

Surat Terbuka Syed Mokhtar - Yayasan Dakwa Penulis Menyamar


Zar Ali's photo.

Hartawan korporat dan pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, bukan penulis artikel bertajuk 'Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak' yang pertama kali muncul pada Sabtu (29 Ogos).

Yayasan Albukhary dalam kenyataan hari ini, berkata artikel itu telah memperdaya orang ramai untuk berfikir atau mempercayai bahawa Syed Mokhtar yang telah menulisnya.

Ia mendakwa artikel ini telah mendapat perhatian dan telah diterbitkan semula dalam laman sosial dan turut disebarkan menerusi aplikasi khidmat mesej WhatsApp.

"Kami tidak akan membiarkan perbuatan menyamar sebagai Tan Sri Syed Mokhtar, termasuk menggunakan nama beliau secara salah di sisi undang-undang atau tanpa kebenaran.

"Untuk mengelak kesangsian atau kekeliruan, laman web Yayasan Albukhary kekal menjadi satu-satunya wadah awam rasmi bagi Syed Mokhtar," katanya dan menurutnya, yayasan mendoakan kejayaan dan pertumbuhan berterusan bagi Malaysia.

Dua hari lepas, artikel bertajuk 'Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak' menjadi viral dalam laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp.


- Bernama

Posted by Jeebond BLM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.