Followers

Tuesday, September 8, 2015

Siapa DAP? Kami hanya ikut keputusan Anwar kata Pas



Pas masih menganggap Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat dan hanya beliau sahaja berhak menjadi jurucakap kepada PR. Tuan-Ibrahim-Tuan-Man,-dap


PETALING JAYA: DAP tidak berhak untuk menghalang Pas daripada menyertai gabungan pakatan pembangkang yang baharu atau Pakatan Rakyat 2.0, tegas Timbalan Presiden Pas,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja berhak membuat keputusan kerana beliau mewakili jurucakap parti pakatan pembangkang.

“Dia tak ada hak bersuara (halang Pas dari menyertai PR 2.0), dia tak ada hak untuk mewakili pakatan pembangkang.

“Saya tengok DAP tidak mewakili pakatan pembangkang. DAP hanya mewakili parti DAP sahaja. Bagi Pas jurucakap rasmi pembangkang ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Realitinya dia (DAP) isytihar PR terbubar bagi Pas kita masih menerima Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi PR,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).

Ditanya sama ada Pas sedia untuk menyertai Pakatan Rakyat 2.0,

Tuan Ibrahim berkata parti itu akan meneliti cadangan tersebut sebelum membuat keputusan muktamad.

“Secara krusus perkara ini (Pakatan Rakyat 2.0) belum dibincangkan.

“Kita (Pas) akan tengok bagi kita prinsip dalam parti yang menjadi dasar perjuangan parti mesti dihormati.

Setiap parti mesti menghormati polisi dan dasar parti dalam komponen Pakatan Rakyat.

“Kalau sekiranya polisi parti-parti lain tak boleh kita hormati jadi tak ada makna kita muafakat (bekerjasama) sebab akan timbul polemik lain akan datang,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bertegas mahukan Pas menyertai PR 2.0 tetapi tidak dipersetujui oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Azmin, Menteri Besar Selangor masih menganggap Pakatan Rakyat masih wujud dan mahukan Pas terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Pendirian Azmin itu kurang disenangi pemimpin DAP dan sebahagian pemimpin PKR yang tidak sehaluan dengan Azmin. Azmin lebih memihak kepada Pas kerana parti itu mencalonkan namanya sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selain nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.