DALAM KABUS
Najib Razak mengecam himpunan Bersih 4 yang berlangsung baru-baru ini sebagai gila. Katanya himpunan itu, - Bersih bukan demokrasi, tetapi democrazy. (Gila).
Perdana Menteri itu berkata himpunan itu bertentangan dengan perlembagaan negara kerana ia cuba mengguling kerajaan. Najib menggunakan perlembagaan untuk mengecam Bersih dan menyelamatkan dirinya.
Sebenarnya tidak ada siapa beranggapan himpunan Bersih itu sebagai hendak mengguling kerajaan. Himpunan Bersih bukan baru, malahan sudah berlaku beberapa kali sebelum ini. Himpunan Bersih adalah untuk menuntut demokrasi dan pilihan yang bebas, telus dan adil.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga hadir dalam himpunan itu. Dua kali dia hadir. Apakah ini bermakna Dr Mahatir juga gila? Tidak. Sebab dia sudah mengatakan kehadirannya bukan menyokong pembangkang, tetapi kerana mahukan Najib berundur. Jelas himpunan itu hanya mahu menggulingkan Najib dan bukannya kerajaan UBN.
Di antara Najib dan kerajaan adalah dua perkara berbeza. Yang ditentang ialah peribadi Najib bukan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kalau pun mengikut kehendak rakyat, rakyat telah memilih Pakatan Rakyat berbanding dengan BN apabila Pakatan Rakyat mendapat lebih 51% undi popular berbanding dengan BN.
Tetapi kerana sistem pilihan raya kita mengambil kira kelebihan kerusi bukan peratus undi maka BN memerintah. Jika pilihan raya kita berdasarkan peratus undi diperolehi parti, bermakna BN sudah jadi pembangkang kini. Hakikat hari ini majoriti rakyat Malaysia tidak sukakan BN.
Najib marah benar dengan Bersih sehingga menyifatkan himpunan itu memalukan negara kepada dunia luar. Beliau tidak memperincikan apakah yang menyebabkan himpunan itu memalukan Malaysia. Cuma mungkin dia beranggapan apabila dia hendak digulingkan disebabkan masalah ekonomi negara yang muram sekarang ini.
Beliau berdalih keadaan eknomi negara yang muram, kejatuhan nilai ringgit bukan disebabkan faktor kepimpinan yang diketuainya tetapi kerana isu global.
Dakwaan Najib itu jelas cuba menengakkan benang basah. Mahu menutup muka dengan seluar sendo. Himpunan itu tidak pun memalukan negara, bahkan himpunan itu mendapat liputan media massa dunia. Masyarakat dunia tertanya-tanya mengenai kesudahan himpunan berkenaan. Sekiranya himpunan itu sesuatu yang buruk, sudah pasti ia tidak dipedulikan oleh dunia dan dikecam oleh dunia. Sehingga kini tidak kedengaran mana-mana Ngo atau perjuangan hak asasi demokrasi mengecam tindakan Bersih.
Yang kecam Bersih hanya polis Malaysia yang menjadi alat kepada perdana menteri?
Najib tidak patut mengatakan himpunan itu memalukan negara. Sebelum beliau menuduh demikian, dia perlu menilik dirinya sendiri. Najib perlu kencing dalam tempurung bulu dan tilik wajahnya. Yang memalukan negara bukan Bersih tetapi dirinya.
Skandal 1MDB RM42 billion, penyonglapan wang dana itu sebanyak RM2.6 billion ke dalam akaunnya itu yang menjadi persoalan umum. Beliau gagal untuk menjelaskan mengenai status wang berkenaan. Jawaban yang diberikan oleh para menteri musang berjanggutnya juga berbelit-belit dan berputar-putar macam sungai.
Najib sebenarnya terlupa dan tidak sedar yang dirinya kini menjadi damge kepada negara. Najib sudah merupakan liabiliti kepada negara. Yang memalukan negara adalah diri Najib bukannya himpunan Bersih. Yang melanggar "perlembagaan" bukannya rakyat tetapi Najib yang membelakang ahli-ahli partinya. Sebab itulah Muhyiddin Yassin dipecat kerana tidak tahan dengan pembohongan dan pembelutan Najib. [wm.kl.8:59 am 08/09/15]
COPY PASTE SEPENUHNYA DARI SINI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.