Followers

Monday, September 14, 2015

S'gor persoal Prasarana beri MRCB-George Kent bina LRT3 dengan kontrak RM11.5 bil


S'gor persoal Prasarana beri MRCB-George Kent bina LRT3 dengan kontrak RM11.5 bilSelangor mempersoalkan keputusan Prasarana Malaysia Berhad yang melantik konsortium Malaysian Resouces Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (M) Bhd sebagai rakan penyampaian projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) dari Bandar Utama ke Klang meskipun bidaan syarikat terbabit begitu tinggi.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Elizabeth Wong berkata, Prasarana yang merupakan syarikat bertanggungjawab untuk tender projek terbabit perlu menjelaskan mengapa mereka menerima bidaan tersebut meskipun harga diberikan adalah pada RM11.5 bilion, merupakan antara yang tertinggi.

Berdasarkan dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, konsortium MRCB-George Kent memasuki harga tender tersebut dengan menduduki tempat ketiga terendah daripada 6 penender.

Manakala konsortium UEM memasuki harga tender berjumlah RM9.88 bilion dan pembida paling rendah pula menawarkan harga paling rendah iaitu RM9.5 bilion.

"Bidaan itu melebihi anggaran awal Prasaran untuk RM9 bilion untuk keseluruhan projek," kata ahli Dewan Undeangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai perbandingan, Wong berkata, Jakarta hanya membelanjakan RM7.19 bilion untuk pembinaan landasan LRT sepanjang 83.6km.
"Ini menjadikan anggaran awal kos Prasaran 3 kali lebih tinggi berbanding kos sekilometer di Jakarta.

"Bidaan MRCB-George Kent pula adalah 3.7 kali lebih mahal dari Jakarta," katanya.

Dengan harga yang tinggi, beliau berkata, walaupun projek LRT3 dari Bandar Utama ke Klang amat diperlukan, kos berkenaan akan dipindahkan kepada penumpang melalui harga tiket yang tinggi.

"Di bawah situasi ekonomi sekarang, kerajaan perlu berhati-hati dalam perbelanjaan dan pemberian projek yang melebihi jangkaan," katanya.

"Dengan harga kos yang tinggi, Prasarana akan mengenakan kadar tambang yang tinggi dan akan menekan rakyat yang memerlukan pengangkutan awam." – TMI


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.