Followers

Tuesday, September 15, 2015

Rafizi: Hanya Najib boleh pulihkan ekonomi negara



Rafizi: Hanya Najib boleh pulihkan ekonomi negaraPETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak boleh terus menjadi Perdana Menteri tetapi beliau perlu segera berhenti menjadi Menteri Kewangan bagi memulihkan ekonomi negara ketika ini, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, dengan cara itu sahaja dapat mengembalikan keyakinan pelabur-pelabur asing untuk kembali melabur ke negara ini.

"Keadaan ekonomi hari ini adalah kesan daripada ketiadaan keyakinan pelabur luar terhadap pentadbiran negara.

"Untuk panggil mereka (pelabur) masuk semula, Datuk Seri Najib perlu berhenti jadi Menteri Kewangan. Dengan tindakan itu sahaja barulah Bursa Kuala Lumpur ada harapan untuk pulih," katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, walaupun nadanya agak berbeza dengan sebelum ini untuk mendesak Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, adalah kerana beliau tidak yakin perkara itu akan terjadi.

"Saya rasa hampir mustahil untuk perkara itu jadi realiti. Begitu juga dengan undi tidak percaya di Parlimen kerana kalau pembangkang sahaja setuju perkara itu tidak akan terjadi.

"Kita perlukan sekurang - kurangnya 30 Ahli Parlimen daripada BN, dan saya tidak nampak perkara itu akan berlaku dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Susulan gesaan itu, beliau telah memfailkan satu Rang Undang - Undang Persendirian bagi memisahkan jawatan Menteri Kewangan dari Perdana Menteri.

Menurut beliau, bukan sahaja Najib tetapi sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri selepas ini tidak sepatutnya memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.-SinarHarian



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.