Followers

Wednesday, September 30, 2015

Polis ganggu tugas dengan menyoal Matthias Chang, kata kumpulan peguam

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, polis harus sedar dan menghormati hakikat yang komunikasi antara peguam dan anak guam adalah sulit.

Lawyers for Liberty mengutuk keras tindakan polis menyoal siasat peguam Matthias Chang susulan penahanan anak guamnya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.

Pengarah eksekutifnya Eric Paulsen berkata, polis harus sedar dan menghormati hakikat yang sebarang komunikasi antara peguam dan anak guam mereka adalah sulit dan mempunyai hak keistimewaan tersendiri.

"Tindakan polis terhadap Chang jelas menunjukkan pihak berkuasa cuba mengganggu tugas peguam yang menjalankan tugas mewakili anak guamnya tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Gangguan seperti itu merbahaya kepada kebebasan Majlis Peguam dan prinsip asas hak istimewa peguam-anak guam yang dimiliki semua peguam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin ditahan kerana didakwa melakukan "sabotaj" apabila membuat laporan polis di luar negara membabitkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selepas disekat ke luar negara, Khairuddin pada 18 September lalu ditahan polis berhubung laporan dengan pihak berkuasa antarabangsa yang dibuatnya terhadap 1MDB dan direman selama 6 hari.

Pada 23 September, beliau dilepaskan daripada tahanan reman tetapi ditahan semula di bawah Sosma yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara sehingga 29 hari.

Semalam, Chang yang sebelum ini mengiringi Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1MDB di luar negara, hadir ke ibu pejabat polis Dang Wangi bagi merakamkan keterangannya selama kira-kira 1 jam.

Selepas itu, beliau mengeluarkan kenyataan memaklumkan beliau dan peguamnya Zainur Zakaria diminta hadir ke satu lagi perjumpaan pada pagi Jumaat ini bagi memberi keterangan kepada Unit Jenayah Komersil di bawah Seksyen 203 (A) Kanun Keseksaan.

Paulsen berkata, peguam memainkan peranan penting dalam mewakili anak guam mereka dan seharusnya mereka dibenarkan menjalankan tugas dengan bebas tanpa sebarang sekatan.

"Polis harus tahu segala bentuk komunikasi dan perbincangan antara peguam dan anak guam dalam hubungan profesional mereka adalah sulit.

"Kerajaan juga perlu memastikan standard antarabangsa Prinsip Asas Peguam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1990) dipatuhi.

"Sehubungan itu, kami menggesa polis mengiktiraf dan menghormati fungsi dan peranan yang dimainkan peguam dalam menegakkan keadilan," katanya. – 29 September, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com.

Polis ganggu tugas dengan menyoal Matthias Chang, kata kumpulan peguam

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, polis harus sedar dan menghormati hakikat yang komunikasi antara peguam dan anak guam adalah sulit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015.Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, polis harus sedar dan menghormati hakikat yang komunikasi antara peguam dan anak guam adalah sulit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2015.
Lawyers for Liberty mengutuk keras tindakan polis menyoal siasat peguam Matthias Chang susulan penahanan anak guamnya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012. Pengarah eksekutifnya Eric Paulsen berkata, polis harus sedar dan menghormati hakikat yang sebarang komunikasi antara peguam dan anak guam mereka adalah sulit dan mempunyai hak keistimewaan tersendiri.
"Tindakan polis terhadap Chang jelas menunjukkan pihak berkuasa cuba mengganggu tugas peguam yang menjalankan tugas mewakili anak guamnya tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Gangguan seperti itu merbahaya kepada kebebasan Majlis Peguam dan prinsip asas hak istimewa peguam-anak guam yang dimiliki semua peguam," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Khairuddin ditahan kerana didakwa melakukan "sabotaj" apabila membuat laporan polis di luar negara membabitkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selepas disekat ke luar negara, Khairuddin pada 18 September lalu ditahan polis berhubung laporan dengan pihak berkuasa antarabangsa yang dibuatnya terhadap 1MDB dan direman selama 6 hari.
Pada 23 September, beliau dilepaskan daripada tahanan reman tetapi ditahan semula di bawah Sosma yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara sehingga 29 hari.
Semalam, Chang yang sebelum ini mengiringi Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1MDB di luar negara, hadir ke ibu pejabat polis Dang Wangi bagi merakamkan keterangannya selama kira-kira 1 jam.
Selepas itu, beliau mengeluarkan kenyataan memaklumkan beliau dan peguamnya Zainur Zakaria diminta hadir ke satu lagi perjumpaan pada pagi Jumaat ini bagi memberi keterangan kepada Unit Jenayah Komersil di bawah Seksyen 203 (A) Kanun Keseksaan.
Paulsen berkata, peguam memainkan peranan penting dalam mewakili anak guam mereka dan seharusnya mereka dibenarkan menjalankan tugas dengan bebas tanpa sebarang sekatan.
"Polis harus tahu segala bentuk komunikasi dan perbincangan antara peguam dan anak guam dalam hubungan profesional mereka adalah sulit.
"Kerajaan juga perlu memastikan standard antarabangsa Prinsip Asas Peguam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1990) dipatuhi.
"Sehubungan itu, kami menggesa polis mengiktiraf dan menghormati fungsi dan peranan yang dimainkan peguam dalam menegakkan keadilan," katanya. – 29 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-ganggu-privasi-peguam-gesa-kumpulan-peguam-kepada-polis#sthash.z9NcjY1s.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.