Followers

Saturday, September 26, 2015

Polis Bebaskan Jamal Petang Ini



Pemimpin akar umbi Umno Jamal Md Yunos dijangka dibebaskan daripada ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur petang ini.

“Dia masih di Dang Wangi sekarang.

"Kita harap dia akan dibebaskan sebelum 8 malam, tetapi boleh jadi sekitar jam 6 petang,” kata setiausaha periadinya Duranny Izam kepada Malaysiakini.

Jamal, orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September lepas itu ditahan polis malam tadi, dipercayai ditahan bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Hasutan.

Sebelum itu ketika ditemui media sebelum memberi keterangan kepada polis, Jamal sekali lagi menegaskan beliau tidak akan hadir dalam protes yang didakwa akan berlangsung di Jalan Petaling hari ini.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau masih lagi berada dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilada.

Jamal sebelum ini ketika dihubungiMalaysiakini menafikan beliau adalah penganjur himpunan.

Jamal mendakwa pihaknya hanya menyampaikan hasrat individu yang menyebabkan suasana tegang di Jalan Petaling ketika 'Himpunan Rakyat Bersatu' berlangsung pada 16 September lepas.

Beliau juga berkata, tindakannya menyampaikan pesanan mengenai penjaja Melayu dan Cina di Jalan Petaling dibuat kerana takut menjadi munafik.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.