Followers

Saturday, September 19, 2015

Pembunuhan Kevin Morais, negara dalam BAHAYA - Oleh Mohd Anuar Tahir


 Pembunuhan Kevin Morais, negara dalam BAHAYAPenemuan mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dalam keadaan bersimen dalam tong dram, meletakkan seluruh rakyat Malaysia dalam keadaan gelisah.

Ini bukan kali pertama kes pembunuhan berprofil tinggi berlaku di negara ini, malah ia memberi petunjuk jelas tahap keselamatan di negara ini berada pada tahap sangat membimbangkan. Sepertinya kumpulan ala mafia sedang berleluasa di negara ini.

Berdasarkan maklumat Morais dikenali sebagai seorang yang sangat dedikasi dalam menjalankan tugas khususnya dalam soal memerangi rasuah. Pembunuhan kejam ke atasnya juga memberi gambaran betapa gejala rasuah di dalam negara semakin membarah.

Bagi pihak Parti Amanah Negara (Amanah), kami bersimpati dan mengambil berat soal keselamatan penjawat awam. Mereka sedaya upaya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan integriti, namun terpaksa pula berhadapan dengan cabaran seperti ini.

Oleh itu, kami mendesak supaya satu siasatan menyeluruh dilakukan. Kumpulan penyiasat juga harus diberi ruang sepenuhnya tanpa gangguan daripada mana-mana pihak bagi mengheret dalang sebenar pembunuhan ini ke muka 
pengadilan.

99

Kita juga menuntut satu pendirian tegas perdana menteri dan menteri dalam negeri dalam usaha memerangi jenayah profil tinggi seperti ini. Kembalikan keyakinan rakyat terhadap isu keselamatan negara ini.

Akhir sekali, kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga tabah menghadapi ujian ini. Di pihak Amanah, kami turut merasai kehilangan itu.-TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.